3 hari lepas masa aku balik ke rumah mak aku dari Damansara, tengok kat work station aku ada sekeping surat untuk aku… Ada kawan aku kahwinlah ni…. Buka2 jer rupanye aku dijemput untuk mengikuti SEMINAR KESIHATAN WARGAEMAS UNTUK PENJAGA PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT…. Aku antara yang dipilih oleh Kementerian Kesihatan….

Dalam aku menguruskan bapa aku sekarang ni, ada juga keperihatinan warga kerja Klinik Kesihatan Telok Datok, Banting memberikan peluang untuk aku mengikuti Seminar seumpama ini… Ianya sangat2 penting bagi aku untuk mengetahui dan mendalami cara2 pengurusan warga emas seperti bapa  aku sekarang ni… Menurut nurse yang buat dressing bapa aku setiap hari di rumah, Seminar ni sangat2 berguna dan bukan semua orang akan dipilih mengikutinye… Mungkin aku ni glamour dan famous kot kat Hospital Banting hari tu, itulah sebabnye mereka berikan aku peluang sebegini….

Nasib baik seminar tersebut pada hari Sabtu ni…. Bukan hari bekerja, kalau tidak pasti kelang kabut aku ke sana ke mari dengan projek baru yang dah nak mula start ni…. Dan yang pentingnye seminar ini dibuat di Dewan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, dekat jer dengan rumah mak aku ni…. Masa memang menarik, setengah hari di dalam dewan…

Dan ini adalah aturcara semeinar tersebut… Yang sangat aku tunggu2 adalah dari pukul 10.45 pagi hingga 1.00 petang… 3 tajuk ini sangat2 penting untuk aku dan juga untuk bapa aku sebenarnye…  Dan dalam masa yang sama ianye perlu juga untuk pengurusan emak aku kelak… jadi takdelah kekok sangat nanti…. Seminar berakhir pada pukul 1.15 petang… Aku rasakan mahu lebih masa lagi ni…. Insyallah aku akan menghadirinye…. Terima kasih sekali lagi….