Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia semua… Alhamdulillah hari ni aku masih bernyawa lagi dan hari ni juga masuknye kita ke bulan yang baru iaitu Bulan November untuk tahun 2010… Sekejap jerkan dah masuk bulan November….
Masuk saje 1 November ni, maka berakhirlah juga Contest Chilabaey’s Spot yang aku anjurkan selama 10 hari pada mulanye dan kemudian diextent kepada 15 hari pula selepas mendapat permintaan dari blogger2 aku… Tak sangka pulak contest yang aku anjurkan kali ni mendapat sambutan luar jangkaan aku… Walhal hadiah pun aku tak mention…. Hadiah menarik akan aku sediakan sebaik dan sebanyak mungkin…. Hehehehe… 

Terima kasih kepada mereka yang telah menyertainye, yang tak berkesempatan untuk join pun tapi dalam hati ada niat nak turut serta pun aku ucapkan ribuan terima kasih atas usaha anda… Tak aku nafikan bahawa contest kali ni ada banyak cabarannye…. Dan agak rumit sedikit berbanding contest yang pernah aku anjurkan sebelum ini…. Ribuan ampun dan maaf aku pinta, hehehehe…( padahal lepas ni nanti, soalan akan bertambah susah lagi…)… 
Ada yang hantar email, ada yang hantar sms, ada yang buat surat cinta untuk aku, ada yang buat entry khas untuk aku lanjutkan (terima kasih Cik Ain) dan macam2 lagi untuk aku lanjutkan tempoh contest ini… Bukan aku tak nak lanjutkan, tapi memandangkan aku sekarang ni dah nak mula sibuk dengan projek baru, takut aku tak berkesempatan untuk monitor semuanye ini… Harap korang boleh fahami insan yang lemah ini yer….šŸ™‚
Bagi mereka yang telah menghantar jawapan kepada email aku, semakan jawapan akan dibuat… Penilaiannye juga akan dibuat… Setiap jawapan yang telah diberikan akan ada penialaian markah, aku tidak akan reject sekiranye ada jawapan yang salah… Aku akan nilai pula pada jawapan2 yang lain… Terdapat pembahagian markah pada setiap soalan yang dihantar, sebab tulah aku sediakan soalan sebegini… (Alaaa…. macam soalan matematik tambahan, jalan kerja pun boleh dapat markah juga walaupun jawapan akhirnye salah..) Jangan risau kalau korang rasa jawapan anda salah…. Semua itu aku takkan bazirkan…

Keputusan pemenang untuk Contest Chilabaey’s Spot ini akan aku umumkan pada korang dari masa ke semasa setelah penilaian dibuat… Tapi sebelum entry keputusan pemenang dibuat, entry mengenai hadiah yang akan diberikan, akan diumumkan dahulu… Dan kemudian entry keputasan pulak akan menyusul… So, aku harap korang dapat menunggunye dengan kesabaran yer…. Dan penilaian jawapan aku kena buat dalam minggu ni juga sebab Khamis ni aku telah mulai sibuk sehingga bulan Disember… 
Sebenarnye dalam tempoh contest ini dijalankan, ada satu lagi Contest Sampingan yang telah aku jalankan serentak… Mungkin korang tak pasti apa dia… Hint nye ada terdapat dalam nte2 yang terdapat pada blog aku…. Terdapat hadiah misteri bagi Contest Sampingan tersebut…. Ini adalah khas untuk followers aku yang baru menapak di dalam blog aku ni, maknanye followers lama aku tak boleh join sebab ianya untuk mereka yang baru join blog aku…. Follower aku yang ke berapa tu aku tak mentionkan, tapi nombor tersebut adalah unik… Masih @ telah mencari pemenang sebenarnye… Sesiapa yang masih berminat atau mempunyai blog2 lain dalam simpanan masih berpeluang untuk menjadi pemenang follower misteri aku…. Hadiah dah disediakan tinggal nak balut jer… Hehehehe…. (iyerlah tu chilabaey…)….
Oklah semua, dengan ini secara rasminye aku MENUTUP CONTEST CHILABAEY’S SPOT UNTUK TAHUN INI DENGAN RASMINYA….. Insyallah aku akan adakan lagi pada tahun depan… Semuanye ini adalah untuk menghargai semua blogger aku selama ini… Sekian terima kasih…. Luv u all….