Salam 1 Malaysia semua… Semalam langsung aku usik blog aku…. Cuba buka kejap2 jer pakai iPhone, itu pun pasal nak tengok blog korang… Dan semalam pun aku takde entry untuk korang… Maaflah yer, aku dah semakin tak cukup tangan dan kaki uruskan hal projek baru… Otak dah start ligat berputar macam gasing dah, memikirkan macam2 benda….

Macam nilah kalau aku dah start busy, work station aku dah macam tongkang pecah dah ni…. Sekali pandang dah macam Singapore dilanda landak dah ni…. Seminggu ni aku terlalu sibuk untuk uruskan hal2 perancangan projek sebelum aku turun ke site di seluruh Daerah Kuala Langat… Aku akan mulakan kerja pada Jumaat ni (korang cuti Deepavali) selama 3 hari hingga Ahad… Dan akan disambung semula pada Selasa depannye… Rehat pada hari Isnin kejap satu hari, lepas tu sambung semula sehingga selesai…. 
Target aku untuk settlekan kerja2 site dalam tempoh 2 minggu…. Kalau dapat cepat habis lagi bagus sebab aku nak buat analisis  site pulak… Aduiii… Dah rasa seram sejuk dah ni… Tapi Insyallah aku akan lakukan secara terancang dan teratur…. Cuma aku minta dari korang doa2kan untuk aku supaya semuanye berjalan lancar… Amin….
Advertisements