Malam tadi barulah dapat nak check blog dan balas segala komen yang ada dalam entry aku… Itu pun lepas aku settle beberapa kerja untuk beberapa hari ni… Dapat komen dari blogger tegar sorang ni… Yang katanye ada something khas dalam blog dia…. Uishhh, tak pernah dia komen macam tu dalam blog aku…. So, teruslah aku terjah ke blog dia… 
Aku memang suka blog dia, sebab blog dia macam aku juga…. Ada bab jalan2, ada bab makan2 dan macam2 lagi… Clean and clear bila baca dan tengok blog dia…. Boleh dijadikan sebagai remaja contoh juga bagi budak2 hingusan yang nak mengubah pendirian…
Berbalik kepada cerita asal tadi, rupanye blog aku terpilih di antara 15 blog yang dibacanye dalam projek terbaru beliau iaitu Qarl’s 15 : My Followers (Gentlemen)… Nasib baik tak masuk dalam Ladies… Hehehe…. Duduknye kat tempat kedua tu…. Itu secara random jer pun….
Apa2 pun terimak kasih sekali lagi sebab jadikan blog aku ni salah satu blog yang menjadi pilihan hati… Walaupun takde apa yang menarik pun dalam blog ni, cuma sedikit cebisan pengalaman yang dikongsikan bersama sebagai panduan dan ikhtibar bagi mereka yang masih baru untuk menjalani kehidupan di dunia ini… Insyallah…