Ya-Allah, penatnye aku semalam…. Bukan menolong orang masjid sembelih lembu korban tapi kerja projek…. Lepas sembahyang raya aku, makan ketupat dan rendang kejap, terus siap untuk settlekan kerja site aku… Seluruh pekan Banting aku jelajah, settle kerja pukul 5.30 petang… Kesian wife aku, tak pasal2 kena tolong buat kerja… Naik kuning muka mabuk dalam kereta… Apa taknye, kejap berhenti, kejap berjalan… Dalam masa yang sama kena key-in data dalam laptop… Kesian… Takpe lepas projek ni nanti abang beli something untuk ayang… Hehehee… 
Malam pulak bertolak balik Damansara, settlekan beberapa kerja lagi… Sampai dah dekat pukul 2.30 pagi… Ni pun aku belum tidur lagi… Ada lagi kerja nak settlekan sebab nak meeting Jumaat ni… Tersengguk2 juga kepala ni melayan ngantuk… 
Oklah blogger semua, aku nak masuk tidur jap… Esok ada program lain untuk aku settlekan… So, jumpa dalam next entry… Bubye….🙂