Salam Aidiladha dan Salam 1 Malaysia…. Kisah basi aku di hari raya dan selepas jer sembahyang raya… Macam biasa pagi hari raya ke masjid untuk menunaikan sembahyang raya…. Kali ni aku beraya di Banting lagi memandangkan kesihatan abah aku masih tidak stabil…. Kalau dulu pagi raya, mesti ikut abah aku ke masjid…. Pukul 7.30 pagi dah gerak dah ke masjid…. Tapi sejak beberapa tahun ni, aku seorang diri jer ke masjid….. Itu semua kenangan dulu… Yang penting sekarang ni, aku akan uruskan bapa aku sebaik mungkin….
Dan bagi aku, rasanye tak sampai hati lagi untuk aku tinggalkan mak aku menguruskannye seorang diri…. Kalau setakat berada di area Lembah Klang ni aku beranilah…. Sekarang ni pun aku masih sibuk menyiapkan projek terbaru aku tempohari… Rasanye macam tak raya jer…. Balik sembahyang raya, makan ketupat dan rendang dengan family kejap, lepas tu terus tukar uniform…. Nak sambung kerja semula…. Kena turun site lagi sebab minggu ni adalah minggu teralhir untuk aku settlekan kerja2 lapangan…. Minggu depan dah boleh settlekan analisis dan pembentukan report pulak… Harap2 semuanye berjalan lancar….

Start kerja pukul 10.30 pagi…. Time pagi tu aku dengan wife aku jer…. Aku drive dan tangkap gambar, wife aku key-in data dalam laptop….. Berhenti rehat kejap, alaaa balik rumah mak aku jer… Makan tengahari kejap…. Lepas tu pukul 2.30 petang sambung balik… Kali ni dah tak banyak dah site yang kena masuk, so anak buah aku Melly nak ikut jugak… Takpelah, biar dia tengok aku dengan makngahnye buat kerja… Nanti pakngah boleh belanja Melly aiskrim lepas settle projek… 

Tengoklah gelagat Melly kat belakang, siap baca pelan aku lagi…. Macam faham2 jer budak tu…. Petang tu aku settle kerja dekat pukul 6.30 petang…. Balik rumah terus tidur penat… Sedar2 dah pukul 8.30 malam… Kelang kabut bangun… Dan malam tu juga aku kena balik Damansara sebab nak hantar dokumen kat Cheras…. Aduiii lotehnyo……