Pagi2 lagi aku dah bangun kelangkabut dan bersiap2 untuk ke Putrajaya… Berita tu aku dah dapat pada Jumaat malam tu lagi… Disebabkan dah terlalu lewat so aku cadang untuk pergi pada Sabtu pagi2… Takyah nak tergesa2, nanti boleh merundum malang pulak… Bawa bersabar Chilabaey….!!!

Nak jadikan cerita, rancangan nak bertolak pagi2 tu tergendala sebab aku lewat bangun dan terlupa set  alarm… Aduiiii… Tu yang jadi kelang kabut tu… Mana nak panaskan enjin lagi, nak pickup seseorang lagi di Shah Alam… Nak buat macamana, malam tu aku lambat tidur sebab settlekan kerja office… Nak pakainye tengahari tu pulak… Aduiii sabar jerlah dengan rencah kehidupan….🙂