Salam 1 Malaysia dan Salam Jumaat…. Rasanye aku sekarang ni dalam perjalanan ke Banting sebab ada meeting projek di Majlis Daerah Kuala Langat… Kiranye entry ni adalah entry auto publish… Pukul 2.00 pagi tadi masih belum tidur sebab nak settlekan kerja sikit yang tak siap2… Dah penat sangat time sajerlah buka blog dan terpandang satu entry dari Citarasa Rinduan yang mengatakan tanda kemaafan… Apahal pulak ni… Rupanye dia bercerita tentang dia dicalonkan dalam Blog Pilihan Malaysia 2010… 
Lepas tu baru teringat yang aku juga telah dicalonkan oleh En. E.D.Y tempohari… Click kat link tersebut, terkeluarlah Senarai Undian Peringkat Pertama… Terkejut aku rupanye memang betul blog aku juga tersenarai dalam kategori Blog Personal Suami Pilihan… Sekali lagi aku ketawa besar sebab termasuk juga dalam list tersebut… Layak ker aku ni…???!!! Kelakar2… Korang boleh ke tersebut…

Ini baru peringkat pertama, belumpun peringkat undian dari blogger2… Difahamkan bahawa undian akan dijalankan pada 26 November (Jam 10.00 malam – Jumaat) hingga 30 November (8.00 pagi – Selasa)… Tempoh ini untuk memberi peluang kepada mereka2 pengundi untuk memilih 5 calon2 yang layak ke peringkat seterusnye bagi setiap kategori… Hahahaha…. Kelakar2….
So, sesiapa yang nak mengundi aku dipersilakan, dan bagi mereka yang tak mahupun tak menjadi keberatan sebab aku masih baru dalam dunia blog ni… Dan blog aku ni cuma luahan rasa ‘Tentang Kehidupan dan Pengalaman Hidup Untuk Ditempuhi….’  Tiada apa yang menarik pun…