Bukanlah nak mempromosikan blog aku ni… Tapi sebagai hiburan dan meluangkan masa untuk buat satu entry untuk hujung minggu ni…. (Padahal lebih kurang jer….) Dalam entry lepas aku ada ceritakan yang blog aku ni tercalon dalam Blog Pilihan Malaysia 2010 yang dianjurkan dalam kategori Blog Personal Suami Pilihan… Memang kelakar sebenarnye… Sampai sekarang ni aku masih sengeh2 depan pc…
Malam tadi terbaca juga beberapa blog yang mana namanye tercalon juga seperti aku ni…. Mereka mempromosikan blog mereka untuk membolehkan korang semua mengundi… Terlintas juga di fikiran nak juga buat macam tu…. Tapi aku rasa aku buat cara yang lainlah…
Kalau korang merupakan pembaca setia aku, bolehlah membuat pilihan atau mengundi blog aku… Caranye korang jangan pilih calon yang berbaju kuning tu, korang pilih yang berbaju hijau… Sebab mungkin korang kenal yang berbaju hijau tu dari calon yang berbaju kuning….
Korang kalau undi yang baju hijau tu, korang click word di bawah ni yer… Selamat Mengundi…. Hehehe…..