Salam 1 Malaysia dan Salam Pagi Isnin.… Dari semalam aku sibuk giler2, duduk mengadap iMac aku dari pagi ke pagi tadi… Settle satu kerja dekat pukul 7.00 pagi ni… Tidur kejap, pukul 8.15 pagi bangun sebab aku nak hantar wife aku ke office…. Kepala pun tengah weng2 lagi ni… Kasi panas sikit badan, naik tangga ke tingkat 10 (rumah aku)… Baru celik sikit mata… Jap lagi tengahari, nak ke Cheras pulak sebab nak ambil dokumen untuk serah kepada Majlis esok pagi… Ada meeting….
Aku cerita apa daaaaa….. Sebenarnye aku nak cerita pasal contest yang aku anjurkan…. Yeeeeee…..!!!! Hari ni 29 November 2010, pukul 11.59 malam akan berakhirlah Contest Chilabaey’s Spot untuk kali ini…. Tak sabar pulak nak tahu siapa pemenang…. Sebab apa..??? Panel juri yang menilai jawapan2 korang nanti bukannye aku, tapi wife dan adik aku Anor… Kalau aku takut bayes pulak, maklumlah aku kenal korangkan, aku ni pemurah, kena bodek dan puji melambung sikit, dah cair…. Heheehehee….
Keputusan dan jawapan mungkin akan diketahui keesokannye atau dalam sehari dua sebab aku sekarang ni super2 sibuk dan fikiran pun berceramuk dengan nombor2, dengan idea grafik yang nak keluar tapi berebut2 nak keluar, statistik serta unjuran yang tak terunjur ni… So, minta bersabar yer…. Hadiah tak ke mana….!!! 
Apa tunggu lagi, hari ni jer tinggal… Bagi mereka yang dah ada jawapan sila email…. Takyahlah buat entry khas untuk aku, aku longgarkan… Cuma korang mesti buktikan yang korang ni, follower aku sudah…. Kan aku dah kata, aku nikan pemurah…. Hehehehehe… Ok jumpa lagi…. Nak sambung krja balik ni… Oooo… Lupa pulak, korang kalau nak undi aku dalam Blog Pilihan Malaysia bolehlah click kat bawah ni yer… Terima kasih….