Sekali lagi aku dan family aku diduga… Semalam dapat tahu dari sms yang aku terima yang menyatakan yang adik aku Azu (mak Melly) dimasukkan ke dalam ICU…. Punca…??? Kurang pothosium dalam badan dan jangkitan kuman dalam darah…. Pelbagai dugaan tahun ni aku lalui bersama keluarga aku…. Belum lagi habis tentang kesihatan bapa aku, sekarang ni adik perempuan aku pulak…
Aku masih belum berkesempatan untuk ke HUKM Cheras… Insyallah secepat mungkin aku akan ke sana hari ni… Sekarang ni dalam pukul 1.15 pagi, aku baru sahaja call Wad ICU HUKM Cheras untuk mengetahui keadaan semasa adik aku, dan diberitahu bahawa prosedur untuk mengambil air dari tulang belakang dia telah pun dijalankan pukul 8.30 malam tadi… Untuk mengetahui punca2 penyebab ianye berlaku…. Dan menurut doktor yang menjaganye juga memberitahu aku tadi yang adik aku akan ditidurkan sementara waktu…. Aku risau sebenarnye bila air tulang belakang diambil, tetapi tiada cara dan jalan lain untuk mengetahui punca penyakit yang dihidapinye sekarang ni…. Terpaksa menerima risiko dengan seadanye….
“Ya Allah aku memohon kepada Mu, berikanlah kesihatan sepenuhnye kepada adik aku… Selamatkanlah dia dari segala apa penyakit yang menimpa beliau dan jauhilah segala kemungkinan yang tidak baik untuknye…. Aku memohon kepada Mu Ya Allah…. Makbulkanlah doa hamba Mu yang hina ini….”