Pukul 3.30 pagi hari Khamis… Aku baru sampai rumah di Damansara… Hari aku berkesempatan melawat adik aku yang berada di Wad ICU sejak semalam… Hari ni aku berkesempatan untuk memegangnye…. Dan hari ini juga aku menahan sebak dan tangisan bila melihat adik aku terlantar tidak sedarkan diri…. Dan hari ni juga hati aku meronta2 untuk bertenang dengan dugaan yang aku terima sekali lagi…. Sangat2 sedih dan sebak hati ni ketika aku menaip entry ini… Mata aku tak boleh lelap ketika ini mengingatan adik aku tadi… Apalah nasib yang menimpa family aku, baru reda dengan keadaan abah aku dan kini satu lagi dugaan yang diterima…
Sejak pagi tadi lagi hati aku ni meronta2 hendak melawat adik aku, tetapi tuntutan kerja dan tanggungjawab kepada abah dan mak aku juga aku kena settlekan dahulu keperluan mereka sebelum aku bertolak ke Damansara untuk melawat adik aku… 
Sejak pukul 9.00 pagi, aku dah keluar rumah untuk urusan kerja aku di Majlis Daerah Kuala Langat… Selesai pun dah dekat pukul 1.00 tengahari… Bergegas ke Tesco untuk beli pampers abah aku, kemudian ke Guardians untuk membeli susu khas abah, takde pulak stok… Bergegas pulak ke satu lagi Guardians yang berada di Bandar Banting…. Ok syukur dapat 2 tin besar… Dapat cover untuk seminggu jadual pemakanannye… Kemudian ke 3 bank untuk urusan kewangan… Kemudian balik ke rumah mak aku dekat pukul 3.30 petang juga… Rehat kejap dalam sejam, sambil makan tengahari… Baru nak makan… 
Pukul 4.30 petang bertolak ke Damansara… Hari ni boleh pulak hujan lebat giler2 sepanjang perjalanan… So, traffik punyalah tak hingat…. Sampai Damansara dekat pukul 6.15 petang… Pickup wife aku di rumah, tak sempat naik rumah pun… Terus ke HUKM Cheras…. Still jam teruk di Federal Highway… Akhirnye aku sampai di HUKM pukul 7.45 petang…. Terus ke Wad ICU, lantaklah aku nak jumpa juga adik aku… Kalau guard tak kasi memang aku akan mengamuk… 
Alhamdulillah selit punya selit aku dapat masuk ke dalam Wad ICU dengan wife aku… Terpandang jer adik aku, hati aku terus sebak… Seperti sebaknye aku pertama kali memandang mak aku di ICU ketika dulu… Kali ini untuk kali ke 3 perasaan aku sama…. Hampir 40 minit aku di dalam dengan wife aku… Dan aku mendapat penerangan serba sedikit dari nurse yang bertugas di hujung katil adik aku… Memang sukar untuk aku terangkan… Terlampau complicated keadaannye… Hanya Allah sahaja yang tahu… Setelah hati aku tenang semula barulah aku mengajak wife aku balik…
Aku tak terus balik, aku singgah sekejap di rumah adik aku untuk melihat keadaan anak2 buah aku Melly dan Raja Kecik sejak mamanye di wad… Agak kelang kabut juga bapanye menguruskan… Melly dengan perangainye dan yang kecil pulak dengan hal babynye… Kesian pulak aku tengok… Akhirye aku bagi cadangan supaya salah seorangnye ikut aku balik… Yang nak ikut pastinye Si Melly, dia nak balik Banting…. Bapanye siapkan barang keperluannye, dalam pukul 11.00 malam aku dan wife aku bawa Melly balik ke rumah aku dahulu…. 
Kononnye nak bawa balik esok tengahari, memandangkan aku ada meeting di Cheras pulak, nanti tiada siapa pulak nak tengok dia di rumah, sebab wife aku kerja maka aku bagi cadangan untuk balik ke Banting malam ni juga…. Sampai jer di basement parking rumah aku, aku dropkan wife aku, terus gerak balik ke Banting dengan Melly berdua…. Takpelah, sebenarnye aku langsung tak terasa penat, mungkin hati aku susah sekarang ni bila memikirkan keadaan adik aku setakat ni…
Sampai Banting pukul 1.00 pagi, tekan loceng rumah… Mak aku terkejut, siapalah yang main loceng malam2 ni… Bila buka lampu depan rumah baru dia sedar yang tekan tu aku… Kesian mak aku kena kejut pagi2 buta… Bawa keluar barang2 Melly dari kereta, rehat kejap sambil menerangkan keadaan adik aku sekarang… Cuma sekarang ni yang boleh family aku lakukan hanyalah memanjatkan doa… Lagi2 doa dari seorang ibu…. Itu sahaja yang mampu dilakukan… 
Pukul 2.00 pagi aku pulak bersiap untuk balik ke Damansara semula…. Dan sampai di Damansara pukul 3.40 pagi…. Baca Yaasin sekejap…. On iMac, buat entry ni sekejap dan sekarang ni dah pukul 5.30 pagi, mata masih belum terasa mengantuk, hati masih berdegup2, otak tak keruan sebenarnye…. Air mata berlinang bila teringat adik aku… Aku harapkan kepada Allah SWT, agar segalanye berjalan lancar dan selamat hendaknye…