Salam semua….. Sekarang ni dah pukul 4.30 pagi… Mata masih belum boleh lelap, masih memikirkan keadaan adik aku di ICU…. Sedih sangat sebab aku tak berkesempatan untuk melawat dia hari ni disebabkan tuntutan kerja yang melampau sekarang ni….. Cuma aku call ke Wad ICU sahaja petang dan malam tadi… Selain itu juga ada saudara aku dari Melaka pergi melawat petang tadi dan memaklumkan keadaan adik aku… Difahamkan, adik aku telah dihentikan ubat tidur nye untuk cubaan samada dia boleh bernafas secara normal atau tidak… Sejak beberapa hari ni, kepala aku sakit sangat2, aku rasa migrain aku datang balik….  Banyak sangat memikirkan masalah yang mendatang…. Esok tengahari walau macamana pun aku akan ke sana untuk melawat adik aku…. Tak kiralah, walaupun tengah malam pun aku redah juga…. Adik beradik tak ramai… 
Mungkin korang yang telah menyertai Contest Chilabaey’s Spot tertunggu2 perkembangan terbaru mengenainye… Ribuan ampun dan maaf dipinta kerana aku sekarang ni masih sibuk dalam menguruskan urusan family aku dan baru2 ini adik aku pulak dimasukkan ke Wad ICU HUKM Cheras… Segala apa yang dirancangkan untuk contest tersebut tergendala kerana keadaan semasa family aku masih dalam darurat… Untuk tidak mengabaikan perkembangan contest tersebut, aku sediakan entry ini dimana ini adalah jawapan kepada soalan2 contest tempohari… Sekian terima kasih….
SOALAN PERTAMA

– Cuba teka dan namakan tumbuhan seperti di dalam 2 keping gambar di bawah….



– Tangkap/capture gambar tumbuhan tersebut seperti mana yang telah aku potretkan….

JAWAPAN :  
Pokok Buah Naga atau Dragon Fruit… 
– Pokok ini ditanam oleh aku di perkarangan rumah aku sebanyak 3 pokok, 
  tapi sampai sekarang tak berbuah2… Heran2…
– Ramai yang memberi jawapan kaktus, salah sama sekali…
SOALAN KEDUA

– Pada pengamatan dan pemerhatian korang, sila berikan jumlah barangan Apple yang aku ada…???



– Sebutkan kesemua gadget tersebut…

JAWAPAN : 


Seperti berikut….
1.  iPod Shuffle 2GB Hijau       – 1 unit
2.  iPhone 1st Generation 8Gb – 1 unit
3.  iPhone 3GS 32GB                – 1 unit
4.  iPhone 4 16GB                     – 1 unit

5.  iMac – 2 unit
     (21.1″ berada di Banting & 20″ berada di Damansara)
6.  Macbook Pro 13.3″                – 1 unit

SOALAN KE-TIGA
– Restoran mana yang paling mahal dan menjadi salah satu favorite restoran oleh empunya blog…???
– Berikan lokasi restoran tersebut… Serta koordinat tempat tersebut.. (Takdelah, koordinat takyah…)
– Attach kan/disertakan satu gambar semasa aku berada di dalam restoran tersebut….

JAWAPAN :  

– Restoran TONY ROMA’S
– Terletak di Cinelasure, Mutiara Damansara, Selangor.
– Sebab aku kata mahal : 3 orang makan dah dekat RM250.00… Tapi memang puas hati..

* So untuk korang yang telah menyertai contest ini aku harapkan jawapan yang diberikan adalah seperti yang aku terangkan tadi yer… Hehehehehe….. Tapi jangan risau, walaupun jawapan yang diberikan itu salah, pemarkahan diberikan pada setiap jawapan… Soalan2 lain juga boleh membantu menaikkan markah keseluruhan… Jangan berputus asa, kalau soalan bodek power mungkin boleh menang kot….πŸ™‚
Aku harap dengan entry ini, korang tak tertunggu2 sangat perkembangan conterst yang lalu yer… Dan keputusan pemenang akan aku umumkan tak lama lagi… Cuma masa yang sesuai dan situasi family aku mulai stabil… Insyallah… Keep in touch yer… Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi aku atau sms aku di talian : 019-4404403… Manalah tahu kalau2 korang yang rasa boleh menang tu, nak berikan cadangan colour iPod Shuffle yang korang gemari…. Hehehehe… 
Dan harapan aku, doakan bersama kesihatan adik aku yang masih berada di Wad ICU sekarang ni yer… Sangat2 aku harapkan sekarang ini… Insyallah, Allah sahaja yang akan membalas budi korang semua…