Semalam aku berkesempatan melawat adik aku sekali lagi di Wad ICU HUKM CherasAlhamdulillah keadaan dia sekarang dah stabil… Dan telah pun sedar, tapi masih dalam khayal lagi… Mungkin kesan dari ubat pelali dan juga ubat2an yang digunakan…
Yang masih membimbangkan aku adalah dia seperti keliru tentang apa yang berlaku… Sekarang ni masih lagi di Wad ICU sehingga keputusan dari prosedur air tulang belakang dikeluarkan… Masih banyak lagi perkara yang membimbangkan aku harus aku terima… Aku memohon kepada Allah SWT agar kesihatan sepenuhnye pada adik aku sekarang ni dan dijauhi segala perkara yang tidak sepatutnye… Semuanye terserah oleh-Nya….