Maaf kepada semua followers… Beberapa hari ini emosi dan fikiran aku masih terganggu… Adik aku masih lagi berada di ICU dalam keadaan yang amat membimbangkan…. Setiap malam aku menangis bila mengenangkan nasibnye… Terutama nasib anak2nye, Si Melly dan Raja Kecik…. Beberapa hari ni aku bergilir2 menjaga Si Raja Kecik, sementara Si Melly aku dah bawa balik ke Banting duduk dengan mak aku….

Dan semalam juga aku mendapat perkhabaran yang sangat aku bimbangkan dari nurse dan disahkan oleh doktor, di mana terdapat tanda2 pendarahan di bahagian otak adik aku… Masyallah…. Lagi dugaan yang diberikan oleh Allah kepada family aku… Sebab tulah sekarang ni dia masih dalam keadaan keliru dan sukar mengenal orang…. Sebak hati aku sekarang ni… Dan dah beberapa malam aku tak boleh tidur… Dan ketika entry dibuat, aku masih mengalirkan air mata kesedihan yang amat sangat…
“Ya-Allah, Engkau berikanlah kesihatan sepenuhnye kepada adik aku dan Engkau jauhkanlah dari segala mara bahaya pada dirinye…. Engkau pulihkanlah ingatannye seperti sediakala…. Hanya itu yang mampu aku pinta dari Mu Ya Allah…”