Salam 1 Malaysia semua… Sepanjang minggu ni aku terlampau sibuk dengan menyiapkan projek Kuala Langat aku yang mana date line nye tak lama lagi…. Dalam masa yang sama juga family aku juga dalam situasi darurat, adik aku masih di ICU…. Dan dalam masa yang sama juga hati aku masih sedih dan fikiran masih tidak menentu… Stress, keliru, marah, sedih, kecewa, tidak tenang dan pelbagai lagi… Tapi aku masih berfikiran waras dan mengaturnye dengan perlahan dan satu demi satu…
Dengan keadaan aku sekarang ni, Keputusan Contest Chilabaey’s Spot akan aku umumkan pada minggu hadapan… Kalau takde aral melintang, pokok tumbang dan batu menghalang, aku akan umumkan pada 15 Disember 2010 (Rabu) atau mungkin awal lagi kot… Memang penantian itu satu penyiksaan, maaflah sebab aku perlukan masa yang sesuai untuk semua itu… Sebenarnye para pemenang dah aku ketahui lebih kurang, cuma dalam simpanan para juri jer… Macam X-Files lah juga…. 
So, doa2kanlah untuk diri anda supaya menang dalam contest ini dan doa2kanlah juga untuk family aku yer… Sekian terima kasih….
Advertisements