Perlukah aku berhenti menangis…??? Hari ni aku memang berhenti dari menangis…. Hari ini juga aku mulai lena walaupun masih dalam kegusaran…. Selasa malam lepas, aku mendapat berita dari adik ipar aku (husband adik aku, Is), yang menyatakan adik aku telah ditukarkan dari Wad ICU ke Wad HDW (High Defesiensive Ward)…. Dia telahpun melepasi tahap kritikal sebelum2 ini… 8 hari bertarung nyawa di dalam ICU…. Dan pada malam tu merupakan malam yang sangat2 aku nantikan perkhabarannye…. Kata Is, dia dah mula bercakap walaupun tak berapa jelas… Bertanyakan anak2nye… Sebak hati aku bila mendengarnye….
Alhamdulillah dari apa yang diceritakan oleh adik ipar aku, ianye menunjukkan perkembangan yang baik…. Dan pada malam tu jugalah hati aku bergelodak untuk melawatnye…. Tak lena aku dibuatnye…. Selagi aku tak berjumpa dan  melihatnye, aku tidak akan berpuas hati…. Aku masih panjatkan doa memohon agar adik aku akan diberikan kesihatan sepenuhnye, bacaan Yaasin aku teruskan seperti setiap malam hinggalah kini….

Tengahari semalam, aku dan wife aku bergegas ke HUKM Cheras untuk melawat adik aku… Wife aku ambil cuti sebab nak melihat adik iparnye…. Sesampai sahaja di wad, aku terus mencari katilnye… Dari jauh dia memandang tepat pada kami berdua… Renungan sedih bila melihat aku…. Dan dia terus menangis… Aku tanya samada kenal atau tidak..??? Dia jawab kenal, lepas tu terus menangis semula…. 
Aku pujuk dia, walaupun hati aku turut menangis gembira…. Aku taknak tunjukkan, cara itu memberikan kekuatan sebenarnye untuk dia mengharungi kesakitan yang diharungi… Aku amat2 bersyukur ke Hadrat Illahi, sedikit doa aku dan family telah dimakmulkan…. Selebihnye adalah doa2 dari followers aku, terima kasih tak terhingga aku ucapkan…. 

Agak lama juga aku di sana semalam, aku tunjukkan gambar anak2nye, dia menangis… Tangisan rindu sebenarnye…. Aku buat lawak, dia ketawa bersungguh2… Lega hati aku bila melihatnye…. Dan sekali sekala tu, dia cuba menahan sakitnye…. Sementara itu, wife aku urutkan tangan dan kakinye, lapkan mukanye… kemas2 dia, sementara tu aku lari ke Koperasi HUKM untuk belikan pampers dewasa…. Sebab dia masih belum boleh bangun, perlukan rawatan susulan… Hampir 2.30 petang baru aku bertolak balik sebab waktu melawat telah lama tamat… Aku katakan yang aku akan datang petang tu kalau takde apa2 hal… Dia nak aku datang juga, tapi aku tak pasti sebab aku terlalu banyak kerja sebenarnye…  Aku kata aku akan cuba…
Insyallah tengahari hari ni aku akan ke HUKM lagi untuk melawatnye…. Nak melihat apa perkembangan seterusnye.. On the way ke kereta, aku call mak aku, ceritakan perkembangan adik aku, mak aku menangis gembira bila mendengarnye…. Ibu mana yang tak sayang anak kan…??? Lagi2 bila tak dapat melawat memandangkan bapa aku pun masih dalam kondisi tidak sihat…. Cuma perkhabaran dari aku sahaja sekarang ni… Syukur Alhamdulillah….