Ini cerita aku dengan partner projek aku Bert… 3 minggu lepas punya hal lah ni… Time ni tengah buat kerja2 site di area Jenjarom, Banting…. Semalam lagi kata Bert kereta dia macam ada masalah jer… So, semalamnye pergilah singgah kat kedai bateri di Telok Panglima Garang… Apasal jauh sangat sebab semalam aku pergi site dekat area sana… So, belilah bateri kereta tu siap2, manalah tahu kalau2 rosak lagi…. 

Dalam buat2 kerja tu, tiba2 lampu signal tak berfungsi… Ke kiri tidak ke kanan pun tidak… Emergency light pun tak boleh menyala… Dah sahlah kereta ni merajuk… Sampai jer site, settlekan kerja dulu, lepas tu park kat tepi… Terus tukar bateri yang baru…. 

Sekejap jer Bert tukarkan bateri kereta dia… Pakarlah katakan… Aku kalau ke mana2 dengan dia langsung tak risau… Lagi2 kalau bab2 kereta sebab dia ni dulu budak Vokasional ambil course Automotif… Tapi sekarang ni kerjanye Tech. Architect…. Jauh menyimpang sebenarnye… Hehehehe….

Sempena hari Jumaat ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua followers aku dan juga mereka2 yang menjadi silent reader aku kerana telah mendoakan kesihatan adik aku yang berada di ICU tempohari… Dan aku nak beritahu pada korang, komen dan kata2 peransang yang telah korang semua berikan merupakan penyuntik semangat untuk aku mengharungi setiap dugaan ini sebenarnye…. Setiap kali aku membaca komen2 yang diberikan, pasti aku akan mengalirkan air mata…. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan… Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnye…

Banyak perkembangan yang ada pada adik aku kini… Esok Sabtu, mak aku pulak meluangkan masa untuk melawat adik aku sejak dimasukkan ke dalam hospital… Sementara bapa aku akan dijaga oleh nurse yang buat dressing setiap hari dan adik aku Anor….  Harap semuanye berjalan lancar hendaknye… Insyallah… 🙂