Salam 1 Malaysia…. Sedap tido nampak… Aku…???!!! Takleh tidur… Terkebil2 mata sambil mengadap PC…. Kerja banyak tapi takleh nak berfikir dan buat… Tak tahulah…. Macam terbuntu pulak sikit malam ni…. Mungkin penat kot travel seharian semalam… 
Malam tu berjaga buat kerja projek aku hari tu, pukul 8.30 pagi bertolak ke Banting sebab ada meeting, lepas meeting ke pasar cari barang dapur mak aku, lepas tu urusan bank pulak… Tengahari sembahyang Jumaat…. Balik sembahyang Jumaat layan kerenah anak buah aku Melly…. Tidur kejap sampai pukul 4.00 petang…Sambung sikit kerja kat workstation aku di Banting… 
Pukul 5.00 petang keluar kejap ke bandar sebab ada hal lain… 6.00 petang bergegas ke Shah Alam hantar barang…. Pukul 8.00 malam terus ke Damansara nak pickup wife kat Fitness First, The Curve…. On the way ke Damansara, highway jam giler2… Sampai Damansara dah dekat pukul 9.15 malam… Sampai rumah dekat pukul 10.00 malam… Makan malam dengan wife… Terlelap kejap, sedar2 dah pukul 1.30 pagi… Teruslah sampai sekarang, tak tidur2 lagi…. Tengahari ni pulak dah nak ke HUKM Cheras melawat adik aku Azu…. Mungkin mak aku ada sekali di sana sebab husband Azu pickup mak aku di Banting…. 
Yang aku nak cerita sebenarnye, kerana mata takleh lelap, otak pulak mulalah nak buat sesuatu… On photoshop edit something untuk blog, dan inilah hasil tak semenggah aku kali ni… Hehehehee… New header yang entah apa2 dan malas sesangat…. Pakailah kejap sampai hujung tahun…. Nanti buat yang baru pulak yer…. Itu jer aku nak cerita… Buang masa korang jer membaca entry aku kali ni… Maapppppp yerrr….!!!!