Dah ada pemenang dah untuk Contest Chilabaey’s Spot tempohari… Itu pun dalam sibuk2 menyiapkan kerja yang due datenye tak lama lagi, sempat juga aku menyemak semula jawapan contest tempohari dengan wife aku… Pemarkahan dibuat oleh wife dan adik aku Anor… Supaya tidak ada pilih kasih dalam pemilihan pemenang…. Aku cuma terlibat dalam mengiyerkan fakta dan soalan ke-4 sahaja…. Yang lain pada juri yang dilantik… Padahal takde orang lain pun… Hehehehe….

Pemarkahan adalah seperti berikut :
Soalan 1   :   25 Markah (jawapan – 5 markah & gambar 10 markah setiap satu)
Soalan 2   :   35 Markah (satu barangan – 5 markah)
Soalan 3   :   10 Markah (jawapan – 5 markah)
Soalan 4   :   30 Markah (setiap fakta 3 markah)
Jumlah     :  100 Markah
Dan malam tadi pemilihan slogan dan fakta untuk 6 peserta yang terpilih dari 29 peserta yang join… Yang lain2 tu banyaknye merapu entah apa2 entah…. Kurang ulangkaji agaknye… 

Dari 6 orang yang terpilih dengan jawapan yang agak bagus, untuk pemenang pertama pun hanya 69 markah sahaja dan yang terakhir 14 markah…. Takpe itu semua tak menjadi masalah, yang penting pemenangnye akan diumumkan esok 15 Disember 2010 (Jam 12.00 tengahari)…
Untuk yang kurang bernasib baik, boleh join contest aku tahun hadapan pulak yer… Oklah sekali lagi aku beritahu hadiah yang bakal dibawa pulang / diserah secara byhand sambil2 minum2 / dipos laju dengan risiko sendiri atau dihantar sendiri oleh empunya blog ke rumah anda, kalau sampai rumah tu korang siap2kanlah apa2 yang patut yer… Hehehehehe….
Berikut adalah hadiah2nye :
Tempat pertama  :  New iPod Shuffle dari Apple Malaysia, Barangan IKEA & Hadiah Sampingan
Tempat kedua     :  Barangan IKEA & Hadiah Sampingan
Tempat ketiga     :  Barangan IKEA & Hadiah Sampingan
Hadiah Misteri    :  Barangan IKEA & Hadiah Sampingan (Yang ini aku masih rahsiakan)
* Pesanan dari empunya blog : TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN KALIAN SEMUA UNTUK TAHUN INI, SANGAT2 MEMBANGGAKAN…. INSYALLAH TAHUN DEPAN MUNGKIN ADA HADIAH YANG MENARIK LAGI DARI INI…