Hari inilah hari penentuannye… Sejak aku berblogging ni, tahun ini merupakan tahun yang aku spentkan lebih sikit duit untuk hadiah2 yang bakal aku berikan pada pemenang Contest Chilabaey’s Spot aku kali ni… Bukan apa..?? Rezeki aku tahun ni murah, apa salahnye aku berkongsi sedikit rezeki Allah dengan korang semuakan… Insyallah rezeki tu ada dimana2 cuma kita kena usahakan lebih sikit…
Samalah juga dalam contest kali ni, kena usaha sikit memahami, meneliti, mengkaji, sabar, peka dan penting rajin… Ini semuanye adalah proses pembelajaran, proses menilai diri sendiri tentang kepekaan terhadap orang lain, proses di mana ingin mendapatkan sesuatu tapi memerlukan usaha yang lebih,… Dan dengan usaha yang lebih ini, maka kita akan mendapat apa yang kita usahakan, samalah dengan aku sekarang ni, usaha dan rezeki yang Allah bagi tu dapatlah aku kongsikan sedikit bersama dengan korang semua… 
Mukadimah yang panjang pulak hari ni, sebenarnye aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta contest aku kali ini (29 peserta) kerana meluangkan sedikit masa untuk blog aku mencari jawapan… Semua usaha yang dijalankan kali ini memang memerlukan masa, sangat2 aku hargai… Tapi kalau anda luangkan masa lebih lagi sebenarnye pasti anda akan mendapat jawapan yang benar2 betul… 
Itu semua tak penting sekarang, yang lebih penting sekarang keputusan akan diumumkan hari ni pada pukul 12.00 tengahari ini…. Entry khas akan menyusul untuk mengumumkan siapakah pemenang sebenar untuk contest kali ini… Aku sendiri tak sabar2 untuk beritahu siapa pemenangnye… Kepada mereka yang tidak berjaya, kita ushakan lagi tahun depan… Dan bagi mereka2 yang menang pula, TAHNIAH diucapkan….