Salam 1 Malaysia semula dan Salam Lewat Hari… Hehehehee….. Kalau korang perasan, sejak kebelakangan ni blog aku macam tak berapa nak aktif dan agak terabaikan…???? Entry pun tak konsisten… Kadang2 tu ada, kadang tu 2-3 hari senyap…. Entry pun merapu jer…. Kalau korang nak tahu, inilah punca segalanye…. Sejak bulan November hari lagi, aku dah start sibuk dengan projek terbaru aku dengan kerajaan… 
Hari ni barulah aku boleh bernafas sikit sebab hari ni aku dah dapat hantar draf report tersebut setelah sebulan setengah aku ke hulu hilir, mana nak jaga abah lagi, mak aku lagi, adik aku pulak masuk ICU, jaga nak buah, pergi site, kerja2 grafik, analisis data, statistik, unjuran, penyediaan report dan akhir sekali semalam aku dapat print segala maklumat yang aku jalankan selama ini…

Nah ambik engko…!!! Siap ada 2 jilid lagi…. Nampak mudah sebenarnye mengambil masa dan penelitian yang lebih sebenarnye…. Macam nilah bila kita nak cari duit… Nak bayar hutang, nak bayar macam2…. Keperluan abah aku pun kena juga dan macam2 lagi…. Alhamdulillah inilah yang dikatakan berkat dalam menjalankan tanggungjawab kepada ibubapa sebenarnye… Aku nampak berkatnye…. Orang lain boleh senang jer berkata “Berkat jaga orang tua, nanti adalah rezekinye….”… Tapi memang ada kebenarannye… 

Tapi hakikatnye memang memerlukan masa yang lebih dan kakitangan yang ramai sebenarnye…. Memandangkan projek sebegini aku dah biasa buat maka aku memerlukan seorang dua sahaja yang boleh membantu… Projek ni cuma memerlukan tempoh 2 bulan sahaja…. Insyallah tahun depan mungkin ada lagi projek sebegini yang bakal aku dapat… 
Projek kali ini aku lakukan seorang sahaja dalam kerja2 penyediaan report (wife aku pun kena tolong juga, tapi kena bayar ok….)… Masa kerja2 turun padang, aku dengan partner aku Bert buat.. Ini pun akan dibayar juga… Sebab tulah minggu lepas hingga hari ni hidup aku agak kelang kabut menguruskannye… Tidur tak menentu, tak cukup… Tidur sejam dua bangun terus sambung kerja… Pergi meeting kejap, balik sambung balik… Maklumat ada pulak yang missing, kena pulak turun site balik… Dan macam2 lagi….

Dan inilah hasilnye dari apa yang aku lakukan sebulan setengah ni… Ini belum filnal lagi sebenarnye… Sekarang ni tengah tunggu komen dari pihak pegawai kerajaan yang bertanggungjawab… Mungkin sehari dua ni bolehlah merehatkan otak sekejap…. Lepas ni kalau ada apa2 perubahan dan komen atas report tersebut, startlah aku sibuk semula…. Date line sehingga hujung bulan ini sahaja… Kiranye minggu depan dah kena hantar dan diprint menjadi laporan akhir…. Lepas tu tinggal tunggu cek sahaja…. Hehehehehe… Itu lagilah buat aku tak sabar….

Nampak tak berapa tebalnye laporan tu… Dalam tempoh 5 hari aku dapat hasilkan macam ni…. Takpe ini semuanye rezeki Allah… Tapi nanti aku akan ceritakan satu lagi rezeki yang bakal aku terima, Insyallah kalau takde aral melintang…. Next entry please…. 🙂