Salam 1 Malaysia yer korang… Minta maaf bebanyak sebab dah hampir seminggu aku tak membalas setiap komen yang korang taip pada aku tempohari… Banyak sangat kerja yang perlu aku lakukan dan settlekan… Lagi2 dengan keadaan family aku sekarang ni… 
Alhamdulillah pagi ni tadi baru aku dapat balas semua komen yang telah korang berikan pada entry aku… Terima kasih diucapkan… Terasa bersalahlah pulak… Itu belum lagi kalau followers aku mencecah beribu-ribu raban… Takkan korang nak abaikan ajer kan…. Dahlah diaorang baca  blog korang, tapi bagi pemunya blog buat tak tahu jer… Baik korang offkan jer option followers tu…
Nampak tak tanggungjawab kita sebagai blogger, sebenarnye itulah yang aku takutkan selama ini… Bila blog kita diminati, maka ramailah yang akan mengikut dan memberikan komen pada blog kita… Jadi korang fikir2kanlah dan yang penting korang apa tanggungjawab korang semua pada mereka ini… Janganlah masa puluh2 dulu rajin sangat membalasnye tapi bila mencecah ribu raban mula buat tak tahu jer… Semua tu cara kita memberi penghargaan kepada mereka sebenarnye… Kalau internet makbapak yang bayar takpelah, yang takde internet..??? Duit kerajaan keluar, duit gaji mereka keluar, pergi cyber cafe semata2 nak buka blog dan baca blog kita dan macam2 lagi… Semua tu bukannye free… Semua itu memerlukan usaha…
Insyallah bagi diri aku dan blog aku yang tak seberapa, aku akan membalas sebaik mungkin komen2 yang telah korang ujurkan… Lambat macamana sekali pun… Itulah cara aku menghargai setiap followers aku selama ini… Insyallah…πŸ™‚ Oklah nak sambung sikit lagi kerja…