Salam petang Rabu yer semua…. Hari ni barulah aku boleh bernafas sikit… Banyak juga aktiviti luar yang aku rangka… Memang hari ni aku cadang nak cari hadiah pemenang contest aku tempohari… Nombor satu yang aku nak cari sebnarnye adalah hadiah untuk tempat pertama… Untuk Cik Ain kite… Baru dapat comfirmation tentang colour yang dia hendak… Tentunye colour Pink
Semalam aku ke outlet Machines @ Apple untuk dapat iPod Shuffle tu kat sana… Dukacita dimaklumkan stok takde… Adui… Masalah ni… Takpe, ada lagi outlet yang aku belum pergi… So hari ni aku dan wife (kebetulan cuti) pergilah ke Machines Gardens dan Machines Mid Valley…. Hampeh dua2 outlet tersebut langsung takde stok… Dan dijangka kemungkinan lambat atau akan ada model iPod yang baru lagi… Tapi tak tahu bila… Pulak dah…. Masalah besar ni….

So aku suruh staff Apple call outlet di Sunway dan Lot 10 pulak samada ada stok atau tidak…. Jawapan yang sama juga aku terima… Wahhh ada batu sudah duduk atas kepala ni… Hati aku terlintas pulak untuk ke outlet One Utama sekali lagi… Sebab diaorang kata semalam stok colour lain ada, itu pun cuma tinggal 2 unit jer lagi…. Dari Mid Valley terus bergegas ke One Utama… Punyalah sesak sebab orang lunch…. Parking punyalah seksa… Dalam 15 minit cari parking, akhirnye dapat juga… Terus berlari2 anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwa… Ke situ pulak… Takdelah sampai nak berlari2…

Sampai2 jer terus jumpa staff Apple dan tanyakan stok ada ker tak..??? Budak tu kata, “Abang nak colour aper, semua ada….???”… Haaaa semalam kata takde… Rupanye stok baru jer sampai hari ni…. Hampeh betullah… Buang masa aku jer ke sana ke mari…. Itulah namanye rezeki… Bukan senang sebenarnye nak dapatkan rezeki.. Kalau kita tak berusaha mencari, manakan nak dapat sesuatu tu kan…. 

Adui lega rasanye…. Bila benda yang kita hajatkan ada di depan mata… Terus budak tu ambik stok dan bayar…. Baru settle satu hadiah… Tinggal lagi yang lain2 pulak… Sebahagiannye dah beli, tinggal nak menambah2kan jer lagi… So Cik Ain, lepas ni bolehlah tidur sambil bermimpi kat telinga tengah dengar lagu guna iPod yer… Hehehehe… Bila mau jumpa ni..??? Nanti sms saya yer… 
* So untuk mereka yang nak join dan jumpa aku untuk sesi penyerahan hadiah tu bolehlah check entry yang akan datang yer…  Sebab tempat belum betul2 ditentukan lagi…. Tapi area Damansara jer kot…