Kalau dah makan yang panas2 pasti kita akan cari yang sejuk pulakkan… Ini merupakan favorite desert aku sejak dibangku UiTM lagi… First time makan masa tahun 1996 di Klang Parade… Sampai sekarang kalau jumpa pasti tak miss punya… Jelly Fruit.. Itu nama dulu, sekarang macam2 nama lain… Tapi bahannye masih sama…. Dari ABC, aku suka ini lagi…. Agak lama juga aku tak makan benda alah ni… 
Semalam dapat juga melepaskan hajat…. Kali ni aku makan di Foods Garden di Garden Mid Valley… Kan semalam aku ke sana sebab nak cari iPod Shuffle untuk pemenang utama contest aku tempohari… Sebab iPod tu takde kat Machines Mid Valley dan Gardens, aku dengan wife pergi makan dulu sebelum ke One Utama….

Semangat betul aci ni buatkan untuk aku… Agaknye dia tengok ada artis tamil order benda alah tu kat dia kot… Rajini Khan datang order… Hehehehehe… Zup zup, pariapa….!!!! Punyalah banyak dia letak bahan2 lain…

Aku kalau ke Gardens hantar wife aku buat facial kat SKII, sementara mengunggu sejam setengah tu, kalau aku tak ke Borders mesti aku ke sini… Yang bestnye kat sini sebab relaks sikit, cozzy jer… Yang datang makan pun takdelah huru-hara sangat…. Banyak juga pilihan menu untuk disumbatkan ke dalam perut kat sini…

Menu aku tengahari tu dengan wife adalah Sizzling Mee with Mushroom + sebijik telur + cili api kicap… Perrhhhh… Sedap tu… Tapi tak lawan semasa aku makan Sizzling Mee di Foodcourt Jaya Jusco Bukit Raja, Klang… Entah ada lagi ke tidak gerai tu… sizzling ni pun aku belajar makan semasa aku di UiTM Shah Alam… Dating punya hallah ni… Habis jenis makanan aku dah try dengan wife aku… 
Sebab tu sampai sekarang ni pun aktiviti aku dengan wife aku adalah mencuba makanan yang best2 tak kira di mana pun kitaorang berada… Shah Alam dah cover dulu (masa UiTM Shah Alam), Klang pun dah cover (masa kat MPK Klang), Setiawan-Lumut-Pangkor (masa di UiTM Manjung), Damansara (sekarang ni), Ipoh (sejak datang berdating bila cuti semester dan selepas berkahwin) dan beberapa tempat lagi… So, bagi mereka yang belum mencuba di Foods Garden, di Gardens Mid Valley, bolehlah datang dengan duit yang banya yer… Pasti nak mencuba 2-3 menu yang lain nanti…