Maafkan aku kiranye aku berlaku curang terhadap mu… Walaupun kita telah lama bersama tapi hati ini tetap bergolak mencari yang lain… Mencari sesuatu kasih yang baru… Mengapa…??? Adakah kesilapan aku atau datangnye dari diri mu…😦
Amboi ayat….!!! Naik muntah pulak ketika menaipnye… Gaya ala2 poyo menulis surat pada kekasih pulak… Zaman dulu2 tu… Dah tulis atas kertas, lepas tu letak bawah batu bata… Yang kekasih pulak berlari2 anak untuk mengambilnye, walhal tengah sidai kain di ampaian… Dah dapat jer surat tersebut terus mata pandang ke langit dan digenggamnye surat tu ke dadanye… Uisshhh dramatik sungguh… Sebab time tu takde internet, komputer pun belum ada lagi… So semuanye adalah manual semata2…. Apa yang aku merepek ni…???!!!
Apa yang korang paham dalam video di atas ni…??? Inilah yang aku maksudkan dalam 2 entry yang lepas… Dapat juga aku ketemu dengan 2 blogger tegar aku selama ini… Mereka adalah gandingan bersama dalam menyertai Contest Chilabaey’s Spot tempohari… Jauh datangnye mereka ni, dari Seremban with love… Pagi2 lagi mereka dah bertolak ke Damansara… Sesampai jer di Damansara diaorang sms aku kata dah samapai… Yang aku terhegeh2 baru nak keluar rumah…
Pertemuan dengan mereka adalah untuk menyerahkan hadiah utama dalam contest tersebut.. Blogger yang menjadi pemenang pertama iaitu Blogger Nur Al Ain… Dan dalam masa yang sama aku dapat juga berjumpa dengan seorang lagi blogger iaitu Blogger My Airul…. Kitaorang pada mulaye janji untuk berjumpa dan makan di IKEA, tetapai memandangkan sure ramai punye umat manusia kat sana nanti maka tukar plan… Kitaorang makan di Steamboat Ketam Village di Ikano… Tempat yang selalu aku makan tu… 
Ain dengan Airul ni memang peramah…. Lagi2 Si Ain… Ada jer topik diperbualkan… Lama juga kitaorang kat dalam restoran… Dah habis makan maka sesi penyerahan hadiah pun dilakukan… Tahniah diucapkan buat Ain, lepas ni hantar contest last2 minit lagi yer… Baru underpressure buat kerja… Hehehehe… 
Dari Steamboat kitaorang keluar ke Curve pulak, tapi lepas tu kitaorang split… Ain dengan Airul nak round2 area Curve dan aku round kejap dengan wife kemudian balik… Balik sambung kerja…. Sampai rumah baru teringat aku tertinggal sesuatu untuk diberikan kepada Blogger Airul… Tertinggal dalam kereta time tu… Hantar sms kat Ain untuk jumpa kat mana2 nanti sebelum mereka balik…
Pukul 7.45 malam Ain hantar sms kata mereka baru nak keluar IKEA, haaa bagus2… Mula2 tu aku cadang supaya mereka singgah rumah aku, memandangkan mereka dah agak lewat untuk balik ke Seremban semula, so aku cadang jumpa di Damansara Perdana jer kejap… Dapatlah jumpa dengan diaorang sekali lagi, masih sempat berborak2… Agak panjang juga sembangan kami malam tu… Selesai segalanye, bertolaklah mereka ke Seremban dan Blogger Airul pulak ke Melaka… Settle satu hadiah, lagi 3 lagi aku tak tahu… macam taknak hadiah jer… Ramai yang nak ni…Takpe2 tak dapat jumpa, nanti aku postkan…. 
Buat Ain dan Airul, terima kasih kerana bersusah payah dari jauh datang ke Damansara untuk memeriahkan lagi contest yang telah dianjurkan… Insyallah kita jumpa lagi dan terimalah video khas untuk korang berdua di atas tadi….πŸ™‚