Semalam seharian aku tak menjejakkan kaki ke blog korang… Jangan kata blog korang jer, blog aku sendiri pun aku tak terjah masuk… Malam tadi pukul 12.00 tengah malam baru aku ada masa… Itu pun buka kejap, adalah 15 minit lepas tu baringkat ruang tamu, tup tup dah pukul 6.00 pagi sebab dengar azan Subuh…  Letih betul aku semalam… 
Hari nilah baru aku dapat tidur lama… Dari 12.30 – 6.00 pagi (5 jam lebih)… Selalunye  dalam sejam dua jer dalam beberapa minggu ni….. Memang seronok sebenarnye dapat tidur lama, tapi hakikatnye bila tertidur lama ni kerja aku pun tak tersiaplah jawapnye… Sekarang ni masa aku sangat2 berharga umpama masa itu emas orang dulu2 berkata… Kalau emas aku tak buat kerja2 ni, baik aku jual jer emas tu… Lagi cepat dapat income…

Apasal tiba2 aku letak gambar stereng kereta ni…???!!! Alaaa saje jadi penghias entry kali ni… Sebenarnye gambar ni semasa aku berada dalam kereta bos aku, nak keluar makan kejap, dia pakai kereta Mitsubishi Lancer… Maklumlah sekarang ni manusia sentaiasa mengejar masa, so kenalah pakai kereta yang boleh henjut laju2 bila ada meeting… Aku rasalah…. Time bos aku keluar kejap ambil dokumen kat rumah dia… So aku kenalah tunggu kat dalam kejap…

Dari restoran kemudian balik semula ke office sebab aku tunggu surat submission dari admin yang tak siap2… Tension betul aku… Dahlah tu salah taiplah, entah apa2 ayat entah dibuat… Last2 bos aku yang rangka semula surat… Bila dah bos yang rangka, jawabnye kena tunggu lagilah… Disscuss dengan bos untuk projek terbaru untuk nak pakai pada 15 Januari 2011 pulak… Aku kata aku boleh start buat pada 3 Januaru 2011, minggu ni aku takleh diganggu… Uisshh macam aku pulak bos… Hehehehehe… Tulah hakikatnye aku sekarang dengan bos aku… Kamcheng giler kan…??!!

Siap jer surat dan dokumen berkaitan, terus bergegas ke Banting…Bayangkan dari Cheras pukul 4.00 petang, sampai Banting pukul 5.00 petang… Macam lipas kudung aku… Office kerajaan tutupkan pukul 5.00 petang… Nasib baik pegawai yang bertugas tu boleh tunggu aku kejap sebab on the way tu aku dah call dia dulu… Baguskan diaorang ni… Sampai Banting terus ke Majlis Daerah Kuala Langat, cop apa yang patut, ambil report untuk pindaan lepas tu singgah rumah mak aku kejap… 
Sediakan apa keperluan mak dengan abah aku, lepas Maghrib jer terus ke Shah Alam dengan adik aku Anor.. Hantar barang asrama kat Seksyen 7…. Minggu depankan budak2 UiTM kan dah start semester… So, hantar separuh barang dulu… Sebelum ke asrama adik aku, singgah kejap kat rumah makngah aku di Seksyen 7 tu juga… Hantar barang sikit….
Dari asrama adik aku di Seksyen 7, kemudian singgah pulak di Seksyen 9, Shah Alam jumpa mak dan bapa mertua aku di rumah kakak ipar aku… Minggu ni mereka ada kat Shah Alam, tapi memandangkan aku terlampau busy, langsung tak dapat jengah mereka… Dah alang2 aku ada kat area Shah Alam ni, teruslah jumpa mereka sebab mereka pun nak balik ke Ipoh malam tadi juga… Settle jumpa family mertua, aku dengan Anor balik ke Damansara…. Balik rumah akulah…!!
Sebelum sampai tu, satu lagi lokasi yang aku kena singgah, kalau tak singgah pasti kena marah… Heehehehe… Singgah Curve pickup wife aku dari Fitness First….  Ini wajib, kalau lupa… Uisshhh tak tahulah apa nak dikatakan nanti…. Sampai rumah pukul 10.30 malam… Kemas2 barang, order makan malam kat restoran bawah (sms jer, nanti diaorang hantar depan pintu rumah), mandi2… Belek2 report yang nak dipinda… Lepas tu, lebor (tertido…)……

So, 2-3 hari ni aku akan sibuk semula…. Samada hari Khamis atau Jumaat dah kena deliver kat Majlis semula untuk final report… Dan lepas tu bolehlah berangan2 nak beli apa…. Sebab tu barulahlah perumpamaan orang dulu2 lagi, “Penantian satu pengorbanan”… Apa yang dinantikan…?? Pastinye cek…. Hehehehehe… Itulah dinamakan rezeki Allah…. Janji kita berusaha bukan mendapatkan dengan cara senang…

Yang ni keadaan work station aku malam tadi… Huru-hara balik… Bilalah nak kemas balik entah… Sebab lepas ni sambung dengan projek lain pulak… Hurmmmm…. Kena beli iMac yang screen saiz 27 inchi pulak lepas ni…. Hehehehehe…. Okalh kat bawah ni sinopsis aktiviti aku semalam… Macam cerita kat wayang pulak…

8.30 am   :  Keluar rumah hantar wife di office..
9.00 am   :  Balik rumah kejap ambil dokumen tertinggal…
10.00 am :  Bertolak ke office Cheras… Jalan jem…
11.00 am :  Sampai office Cheras… Suruh admin prepair surat dan delivery order….
12.00 pm :  Bos sampai dan discuss pasal dokumen yang nak dihantar…
1.00 pm   :  Bos ajak keluar makan dan ke singgah kejap ke rumah dia….
2.30 pm   :  Balik semula ke office…. Siapkan apa yang patut….
3.30 pm   :  Discuss pulak projek yang baru untuktahun depan… (macam jauh sangat tahun depan….)
4.00 pm   :  Bertolak dari Cheras terus ke Banting….
5.00 pm   :  Sampai MDKL Banting…. Discuss dengan pegawai bertugas….
6.00 pm   :  Singgah rumah mak aku, makan nasi kejap… Kemaskan abah aku dulu….
7.20 pm   :  Bertolak ke Shah Alam dengan Anor….
8.00 pm   :  Sampai Shah Alam, singgah rumah makngah aku hantar barang sikit…
8.15 pm   :  Ke Seksyen 7 hantar barang asrama adik aku dan kemas bilik dia yang baru….
9.10 pm   :  Ke Seksyen 9 pulak jumpa mak dan bapa mertua di rumah kakak ipar…
9.30 pm   :  Bergegas ke Damansara….
10.00 pm :  Pickup wife di Fitness First, Curve…
10.20 pm :  Sampai parking basement rumah…
10.30 pm :  Masuk rumah…. kemas barang, mandi, makan, layan blog kejap….
12.30 am :  Terlelap….
6.00 am   :  Terjaga….
7.00 am   :  Buka blog, buat entry ni……
8.30 am   :  Publishh………….!!!!