Salam petang Rabu semua…. Korang dah rasa tak menu terbaru dari Sushi King…. Menu ni aku try pagi tadi…. Perut dah lapar, dari malam tadi tak tidur dan berganjak langsung dari kerusi, mengadap kerja depan iMac aku…. Dekat pukul 9.00 pagi dah berkeroncong perut… Ni kena penuhkan tangki ni…. 

Teringin pulak nak makan Sushi pagi2… Dengar cerita ada menu baru, kena try ni…. Alang2 nak penuhkan tangki so apa salahnye kita try benda yang baru…. Nama menu baru tu, Anatano Ajishio Mee… Sedap siut…. Boleh dimakan bila2 masa dan keadaan… Sejuk pun boleh, lagi sedap kalau makan panas2… Bahan2 yang digunakan semuanye HALAL tau… Penyediaannye pun diaorang kata senang jer…. Must try again… Berikut adalah bahan yang diaorang gunakan … Salin yer…
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Bahan utama yang mest ada…. Hehehehehe… Susah tu nak dapat… Sebungkus Mee Maggi… Kalau kebulor sangat, 2 bungkus pun takpe…. Dan di bawah ni senarai bahan2 yang korang kena ikut yer…

Sebungkus Mee Maggi….

Sepokok Sawi dan sebiji telur ayam… Telur itik tak pernah pulak aku cuba…

Semua bahan2 tu dibasuh dan dipotong mengikut sitarasa korang… Nak blend pun boleh… Itu untuk mereka tang takde gigi…. Cili padi 3 bijik…. Sebab pagi sangat, so aku pakai 3 bijik jer… Kalau selalu mahu 5 bijik aku telan…. Yang penting telur korang basuh untuk kali kedua… Kalau tak korang makanlah dengantahi ayam sekali… Eeeeee gelilah….

Panaskan air secawan setengah dalam periuk kecil… Kalau 2 bungkus pakai periuk sederhana…. Tunggu sampai air mendidih… Selalunye aku pakai air yang telah pun dimasak…. So takdelah sakit perut… (Padahal makan cili banyak pun boleh sakit perut jugak…)..

Masukkan mee Maggi tadi, macam aku suka hancurkan lebih kurang sebelum masukkan dalam periuk… Senang nak makan…

Masukkan terus perencah maggi yang diberikan secara percuma…. Sebab air kita dah mula mendidih dengan suka rianye….

Bila dah hampir kembang atau dah nampak kembang sikit mee tu, pecah terus telur…. Ada sesetengah orang suka telur berketul tanpa pecah.. Macam aku suka pecah sikit…. Ada juga kot yang pecahkan dengan kulit2nye sekali…. Jimat katanye…

Dah gaul sikit telur tu, masukkan pulak sayur yang telah dipotong tadi…. Macam aku kalau makan Maggi Kari, aku suka masak dengan sayur sawi…. Kalau Maggi Asam Laksa pulak aku masak dengan sayur tauge…. Kalau Maggi Ayam, aku masak dengan kobis…. Kalau korang nak masak dengan peria ker, terung ker, ikut suka korang… Kalau korang masak, dah sure aku tak makan punya….

Kalau pada pembalut diorang tulis masak dalam masa 2 Minit, tapi bagi aku masak dalam masa 5 Minit…. Ok, dah siap dah apa yang aku masak untuk menu baru Restoran Sushi King…. Makan hati pihak Sushi King kalau tahu aku masak menu baru untuk dia… Kalau masak menu Udon ker takpelah jugak…. Hehehehehehe…. jangan marah yer… Release tension sikit ni….
Inilah menu breakfast aku pagi tadi… Pertama kali aku makan Maggi pagi2…. Malam ni nak makan apa yer…??? Maggi Asam Laksa pulak lah…. Ok bye… Nak sambung balik kerja…. Alhamdulillah semua kerja yang aku jalankan sekarang ni berjalan lancar… Tinggal nak repair sikit lagi, lepas tu print out esok pagi, hantar binding…. Jumaat boleh deliver kat MDKL… 2 Minggu lagi dapat cek yang beribu2 raban… Uisshhhh seronot….nyeee…. 
* Betul orang tua berkata : Bersusah2 dulu pemakanan (makan Maggi), bersenang2 kemudian (boleh makan Tony Romas lagi….. hehehehehe)… Oklah panjang jugak entry kali ni… Ingat nak taip sikit jer… Bubye….