Dapat sms malam selama dekat pukul 12.00 tengah malam dari seorang blogger tegar sorang ni… Merupakan pemenang contest aku tempohari… Pemenang tempat ke-3 iaitu Blogger E.D.Y…. Katanye malam tadi dia akan berada di area IKEA esok (hari nilah..)…. So bolehlah dia jumpa dengan aku kalau aku takde hal… Memang kebetulan pun aku akan ada kerja sikit kat area Damansara ni…

Pagi lagi aku dah keluar rumah sebab nak settlekan sikit kerja yang tertunggak… Aku nak pergi kedai binding sebab nak bind report projek aku… Yeeeeeee……. Dah siap dah tinggal nak buat submission jer Isnin depan…. Kalau tak, kena hantar hari ni, tapi memandangkan cuti bola, amatlah mengecewakan….
Tapi ok juga sebab hari ni dapat juga aku bertemu dengan blogger aku… Dapat lagi kawan blogger, tapi pertemuan agak singkat sebab dia ikut kawan untuk ke sini…. Adalah dalam 20 minit juga bersembang… Insyallah kalau datang ke area Damansara saya belanja kopi… Jumpa pun kat dalam IKEA jer… Nak cepat punya pasal… 
Oklah, TAHNIAH sekali lagi buat blogger E.D.Y sebab menjadi pemenang contest tahun ni… Bye….