Salam Tahun Baru dan Salam 1 Malaysia semua… Sure ramai yang malas bangun pagi2 ni untuk ke office kan… Maklumlah dah lama cuti… Dan hari ni pun startlah jalan trafik jam giler2 sebab budak pun dah start sekolah…. Rasa macam nak pakai driver jer kalau nak ke office…. Hari ni bagi aku, hari yang sangat aku tunggu2 sebab setelah 2 bulan bersengkang mata, berhitam muka, keadaan huru hara, tak cukup tidur dan macam2 lagi akan berakhir… 
Sepatutnye pada hari Jumaat hari tu lagi, tapi memandangkan Jumaat Cuti Bola maka tertangguhlah urusan submittion aku ke Majlis Daerah Kuala Langat…. Tapi pagi ni dan mungkin aku dalam perjalanan ke office Cheras dan kemudian terus ke Banting untuk hantar report yang dah aku siapkan dalam tempoh 2 bulan tu….

Nah ambik engko….!!!!  4 jilid report yang telah aku siapkan dengan penuh kesabaran dan penelitian yang sangat2 rapi… Dari segi grafiknye, penulisannye, idea mork-upnye, unjurannye, statistiknye dan analisa…. Semuanye itu aku lakukan seorang… Dan dapatlah juga bantuan dari wife aku… Untuk site visit dan mengumpulan data pada awal kerja2 dijalankan, aku dengan member aku Bert yang uruskan… Kali ni secara keseluruhan, umpama kerja kali ni, kerja aku seorang… 
Dulu team aku ramai, ada 4 orang, tapi kali ni aku dan Bert sahaja yang involve sebab pegawai yang berikan aku projek ini tidak suka akan cara kerja leader aku dulu…. So, dia serahkan pada aku untuk jalankan projek tersebut… Kiranye kali ni aku leaderlah… Walaupun cuma aku dengan Bert sahaja… 
Sebenarnye projek sebegini memerlukan perancangan yang amat2 teliti… Mengatur segala jadual perjalanan, merangka kerja yang akan dijalankan sangat2 perlu… Supaya ia tidak menjadi kelang kabut dan ianye akan leibatkan kos yang banyak sekiranye keadaan tidak terancang…  Alhamdullillah segala yang dilakukan selama 2 bulan ini berjalan lancar dan hari ini aku boleh tidur lena sekejap… Sebab apa sekejap…??? Sebab satu lagi projek telah masuk dan memerlukan masa selama seminggu untuk dilakukan… Sibuk baliklah aku lepas ni… Oklah, apa2 pun blog tetap terpelihara dan pasti ada entry2 baru untuk korang semua…. Selamat tahun baru untuk semua…πŸ™‚