Sajer nak kongsi apa yang aku ada sebenarnye sempena tahun baru ni… Kali ni aku nak cerita tentang satu anak patung cute ni… Harganye Masyaallah punyalah mahal, beribu raban harganye…… Tapi aku dapat free jer…. Macamana boleh dapat free….??? Inilah yang aku nak promote ni…. Sila baca kat bawah sikit lagi ni…. Macam suspen jer ceritanye…. 
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V

Inilah patung yang aku maksudkan… Disney Cuties dari Guardian… Harganye RM1200.00…. Iyer…!!! Bukan aku nak tipu… Itulah hakikatnye….. Tapi aku dapat patung ni free jer dari Guardian… Korang nak jugakkan…. Caranye mudah dan mata pasti akan juling atau terbeliak2 lepas aku bagitahu ni….

So, untuk mendapatkan ianye secara percuma, korang kenalah beli apa2 sahaja barangan di Guardian… Sekarang ni masih lagi dalam tempoh tawaran, bermula pada 7 Oktober 2010 yang lalu dan berakhir pada 23 Februari 2011…. Masih banyak lagi masa sebenarnye….

Kita akan diberikan satu kad dari Guardian… Di mana kad ini adalah bertujuan untuk kita menampal stem yang dikumpulkan… Stem ini pulak akan diberi kepada kita secara percuma setiap kali kita membeli barangan di dalam Guardian… Mula2 tu rasa macam main2 jer pulak, dahlah gambarnye cartoon dari Disney… Tapi stem tersebut mempunyai harga yang tersendiri…

Haaaa…. Ini dia kadnye… Comelkan… Kalau perempuan memang suka benda2 macam ni…. 

Yang ni rupa dalamnye…. Nampak tak….?? Kita harus mengumpul sebanyak 60 keping stem, barulah kita boleh claim patung tu secara percuma…. Yang gambar kad di atas merupakan kad kedua aku…. 

Nampak tak stem tersebut… Cute2 jer rupanye da merupakan watak dari dunia cartoon Disney….

Kad kedua ni aku dah kumpul sebanyak 29 keping semuanye… Masih banyak lagi perjalanan tu…. Tapi kalau ikutkan tarikh tutup lama lagi…. Masih boleh kumpul sampai dapat free….

Nampak mudahkan, tapi sebenarnye susah…. Sebab nilai satu stem adalah RM20.00… Jadi setiap pembelian RM20, kita cuma dapat sekeping jer… Korang kalilah berapa ringgit untuk dapatkan 60 keping tu…. Sebab tulah aku kata, ini merupakan patung paling mahal yang pernah aku ada, RM1200.00 (60 x RM20.00 = RM1200.00 untuk satu patung)…. Banyak tuuuuuu…… Kalau ikutkan harga jualan cuma RM134.90 kalau aku tak silap… Dan kalau korang dapat kumpul setakat 25 keping jer, korang boleh juga mendapatkannye dengan membeli patung tersebut dengan harga RM39.90 sahaja (kumpul 25 stem + RM39.90 = 1 Patung)…

Aku dah dapat, korang bila lagi….??? Macamana aku boleh kumpul sebegitu banyak stem…??? Buka aku rembat ker, kawtim dengan staff Guardian yer…. Pembelian sah tau…. Sebenarnye aku banyak buat pembelian kat Guardian ni setiap minggu, aku beli susu untuk minuman/makanan harian abah aku yang masih terlantar sakit… Abah aku takleh nak makan seperti biasa, kena pakai Ryle’s Tube melalui hidungnye…. 
Sebab tulah aku banyak beli kat Guardian… Lagi satu aku boleh dapat 10% diskaun untuk barangan hospitality abah aku di sini…. Korang bayangkan, 1 tin susu Nutrisi tu harganye RM74.90 setin (900gram) dan 1 tin ni digunakan dalam tempoh 3-4 hari sahaja…. Kiranye seminggu 2 tin susu…. Kali 4 minggu, dah 8 tin… Biasanye akan extra 1 tin lagi…. Kalau kat farmasi luar takde diskaun sebanyak Guardian…. Paling murah pun cuma RM73.00 sahaja… Kalau kat Guardian harga RM74.90 – RM7.49 (10%) = RM67.41… Kadang2 tu diaorang beri diskaun lebih lagi sampai satu tin harga RM64.90…. Adui….. mesti tension, pagi2 lagi dah ada kiraan matematik kan…. 
Oklah itu jer yang aku nak ceritakan dalam entry kali ini, so bagi mereka yang ingin mendapatkannye, bolehlah ke Guardian yang terdekat… Itu pun sementara stok masih ada… mesti ada punya sebab orang kita jarang kumpul benda macam ni…. Macam aku sambil membeli tu ada juga bonus yang aku dapat…. Kalau semata2 nak beli pasal nak dapatkan patung tu, takde kerja lah aku……!!!!!