Alhamdulillah hari ni aku mendapat follower ke-500… Dah masuk 500 orang dah yang join blog aku, walaupun blog yang entah apa2 jer ni… Terima kasih buat Blogger MayMayChantek…. Blog aku bukanlah seperti blog orang lain yang dah beribu raban pengikutnye… Aku tak promote blog aku kat mana2 rangkaian sosial seperti Facebook ker, YM ker dan lain2 sebab aku mahukan ia stand alone dan mempunyai pengikutnye yang tersendiri… 

Mungkin sebab itulah blog aku ni lambat untuk mendapat follower sebegitu ramai…. Kalau korang rasa blog ni berguna untuk korang dan ada manfaat atas apa yang dirasakan baik untuk korang, followlah…. Mana yang suka, ikutlah… Mana yang rasa ianye membazir masa, takyah pandang blog aku ni…. Buat habis duit korang jer nanti pergi CC atau bayar duit broadband…. 
Rasa macam nak buat pembaharuan pulak dalam blog aku ni… Kena banyakkan informasi berguna, tip2 dan lain2 lagi… But not 4 business kot… Belum terniatpun… Nuffnangpun aku letak buat mencantikkan blog aku jer…. 
Blog yang aku wujudkan ini adalah untuk dikongsi bersama, tentang pengalaman hidup manusia di bumi Allah ini, pengalaman yang boleh dikongsi sebagai panduan, luahan perasaan di kala kesunyian, di kala kesusahan, di kala diuji oleh Pencipta-Nya, di kala dirundung malang, di kala memerlukan nasihat dan kata semangat dari korang semua sebenarnye… Setiap apa yang dikomen oleh korang, aku jadikan panduan untuk aku memperbaiki diri, memperkemaskan lagi jadual hidup dan mengatur kehidupan seharian supaya menjadi baik dari yang terbaik… 

Buat follower aku setakat ini, yang tegar dengan blog aku, yang baru berjinak2, yang menjadi silent reader, semuanye aku ucapkan ribuan terima kasih… Koranglah penggerak aku di kala pagi, koranglah peneman di kala kesunyian dan koranglah juga pembakar semangat di kala aku stress…. Thanks again…