Aku dah semakin sibuk dah sekarang… Maklumlah dah masuk tahun baru… Tahun 2011… Semalam ke office Cheras ambil satu lagi projek… Kali ni projek kecik jer… Boleh settle dalma masa 2 hari jer… (padahal sehari jer dah boleh… )… Boss dah masukkan dah nama aku untuk settlekan projek tersebut…

Tengok tarikh dateline… Uishhh lama lagi… Tapi macam kebiasaannye aku akan settlekan awal dalam beberapa hari sebab mungkin ada pindaan terhadap projek tersebut… Nasib baik report aku tak kena buat… Tapi kalau kena buat pun best juga, boleh charge lebih… Hehehehe… 

Korang mungkin heiran tentang aku, samada aku ni kerja ker atau buat company sendiri ker atau lain2 lagi… Sekarang ni aku masih bercuti tanpa gaji sebenarnye memandangkan abah aku masih lagi tak berapa stabil kesihatannye sejak keluar dari hospital tempohari… Tapi dalam masa yang sama aku ada projek2 sampingan yang boleh dibuat di Banting (rumah mak aku)… Bolehlah cover semula hutang2 yang ada…. 
Dan dalam masa yang sama aku juga masih buat kerja office aku di Cheras… Sebab tulah kejap aku ada di Banting, dan kejap2 aku ada di Damansara… Projek besar yang lepas aku dapat dari pihak majlis, yang ini aku buat sorang tapi aku pakai company boss aku…. Dah settle dah, nanti aku cuma bayar tax company pada boss aku jer… Macam projek yang aku terima semalam, ini umpama projek sampingan… Dapatlah cover gaji sebulan… Kiranye aku sekarang macam freelance lah, sementara keadaan abah aku pulih atau bila keadaan membolehkan aku bekerja sepenuhnye semula… Bergantung pada takdir… Yang penting kebajikan abah dan mak aku terbela… Aku bukannye ada 2-3 orang abah dan mak di dunia ni… Itulah satu2nye aset aku di dunia ni… 

Macam nilah keadaan office aku di Cheras… Kalau korang biasa dengan printer bersaiz A3 yang paling besar, tapi dalam bidang kerja aku, printer2 yang digunakan bersaiz bagak punya besar… Saiz paper A2, A1, dan A0…. Sebab banyak melibatkan pelan2 perancang bandar dan arkitek…

Inilah projek terbaru untuk aku, sekejap jer ni… Malam tadi pun dah mula, Isnin depan dah bleh hantar semula ke office untuk semakan… So, bermulalah kebuzy-an aku mengadap iMac…. Nanti aku akan story sikit tentang perancangan kerjaya aku untuk tahun ni…. Suatu perubahan yang bakal berubah hidup aku selamanye… Insyaallah…