Buat muka kegek sikit kat korang….. Jangan marah, sajer jer…. Ini nak story sikit satu outlet yang pasti aku akan singgah kalau pergi jalan2 cari makan ker, cari barang ker, jalan2 cari pasal dengan orang kedai gambar ker dan macam2 lagi lah aktiviti aku di Curve… 

Haaaa…. Ni dia outlet yang dimaksudkan… DAISO…. Banyak cawangan sebenarnye… Tapi aku suka kat sini sebab dekat dengan rumah aku… Aku jatuh cinta kat Daiso ni sebab harga yang ditawarkan semua barangan dalam nilai RM5.00…. Tak kira apa saiz pun…. Kalau kat sini aku suka beli kotak, bersaiz kotak kasut lelaki… Kalau jumpa kotak tu pasti aku beli, padahal sebelum ni dah beli dah…

Walaupun kali ni aku tak dapat beli kotak tu, sebab utama dah takde stok…. So jalan2 layan wife aku pulak… Macam2 ada kat sini, dari perkakasan dapur, alat makeup, racun lipas dan alat memancing ada dijual kat sini….

Ni slaah satu dari barangan yang dijual kat sini… Cermin mata membaca segera, takyah nak tempah2… Macam mee segera jer… Harga cuma RM5.00… Murahkan… Satu lagi aku kalau ke sini, mesti nak beli pisau dapur… Kualiti bagus, sebab tulah aku mesti ambil satu kalau datang sini…

Wife aku tengah membayar barangan yang diambil… Barang aku sikit jer kali ni… 

So bagi mereka yang belum ke sana lagi, bolehlah datang ke Daiso ni dan carilah barangan keperluan anda… Pasti akan jumpa… Cewah promote nampak… Tapi memang berbaloi sebenarnye kalau ke sini… Yang penting kita akan jumpa yang baru, yang diluar jangkaan anda…πŸ™‚