Aku dah beberapa hari dah baca hal ni… Yang menyatakan Facebook aku di tutup pada 15 Mac 2011 ni…. Habislah akaun FB aku…. Taklehlah nak cari kawan2 lagi, takleh nak chatting lagi, takleh nak ayat2 cinta lagi, takleh nak buang masa time kerja lagi, takleh nak bergosip lagi dan taklehlah nak kena marah selalu dengan bos lagi… Hehehehe….
Lantaklah korang, padan muka…. Itulah asyik ajer bergantung pada FB… Sebenarnye banyak yang negatif dari yang positif… Bergaduh dalam FB lah, kutuk dalam FB lah dan macam2 lagi… Tapi tak semuanye berkisarkan yang negatif ayer, ada juga yang baik… Macam nak cari kawan2 lama, nak bagitahu sesuatu yang baik seperti nak buat kenduri tahlil ker, nak buat kenduri kahwin ker, harijadi ker, open house ker dan bagi tahu anak kucing dah beranak… 
Bagi aku FB bukanlah sebahagian dari hidup aku, kalau tak buka facebook sehari rasa macam dunia tanpa sempadan ker, tidur tak lena ker, makan tak kenyang ker atau mandi tak kering2… Sebab aku tak berapa aktif pun… Sebab kalau aku aktif FB jawapnye kerja harian aku tak siaplah jawabnye… Dok mengadap FB jer, berkebunlah, berperanglah…. Takde kerja aku, buat kena marah dek boss jer… 
Sebab tulah kalau di agensi kerajaan, sesetengahnye cuba block laman web FB dan YM ni supaya kakitangannye fokus pada kerja dan tidak membuang masa…. Bila dah mengadap FB ni pasti kerja akan tergendala dan tumpuan akan kurang…. Pantang waktu rehat jer terus buka FB atau YM, bukan ingat nak makan dulu ker… Bila dah buka FB atau YM tu pasti keluar rehat pun lambat, bila dah keluar lambat pastinye masuk pun lambat…. Negatif atau positif situasi tersebut…????

Semua2 tu ak penting bagi aku, yang penting dalam kehidupan aku adalah BLOGSPOT… Hehehehe… Kalau sehari tak buka terasa resah menanti belah…. Terasa mandi tak basah2 dan terasa dunia tanpa sempadan… Tapi masa yang diambil untuk blog sekejap jer… Terima komen, terima followers baru, balas komen dan join semula blogger baru… Buat entry pun boleh autopublish, tak payah nak mengadap lama2…. Yang penting time kerja, buat kerja… Dah settle kerja tu lainlah cerita, tapi itu pun kenalah berpada2… 
Berbalik semula pada penutupan FB pada tarikh tersebut, aku rasa itu semua adalah spekulasi dan aku tak rasa ia akan tutup… Itu semua adalah rumus untuk mereka yang takde kerja…. Kalau tutup pun pasti ada penggantinye… Diaorang akan upgrade benda yang baru… itu semua strategi pemasaran… Percayalah… Bagi aku, ada aku kesah…!!!!
Advertisements