Selepas kejayaan filem ‘Magika’ berbanding kejayaan filem ‘2 Alam’ dari Dr.Rozmey, satu lagi filem keluaran KRU Studio arahan Yusri KRU akan kita dapat tonton… Kali ni baru terasa ketidaksabaran menanti filem ini keluar… Filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ atau ‘The Malay Chronicles : Bloodlines’ pulak menjadi taruhan… Yang ni memang aku sokong pembikinannye…. Satu kelainan yang ditampilkan kali ni…

Sebuah filem epik yang aku rasa akan setanding dengan filem Hollywood dari segi cinematography dan special fx nye… Jalan cerita yang diolah agar menarik berbanding dengan kita membaca buku sejarah negara kita di sekolah dulu… Sekali tengok trailernye seperti tengok filem Narnia dan juga filem Ong-Bak… Sangat2 menarik perhatian aku untuk filem2 di Malaysia ni…

Bila keluar aku tak pasti, tapi sepatutnye tahun lepas… Mungkin mereka ada perancangan tersendiri dan mungkin mereka nak memperbaiki lagi hasil keluaran mereka… So, untuk korang semua, kita tunggulah filem tersebut yer… Sokonglah industri perfileman negara… Kalau filem ‘2 Alam’ aku tak sokong…. Hehehehehe…..