Akhirnye apa yang didoakan dimakbulkan oleh Allah SWT… Itulah hakikat kehidupan aku dan family… Apa yang dilihat di dalam gambar adalah satu detik yang menjadi sejarah dalam family aku sebenarnye… Suatu kenangan yang bakal dicoret di dalam ingatan sepanjang hayat…

Bermula dari tarikh 29 November 2010 (Isnin), satu lagi tarikh keramat bagi aku dan family… Di mana pada tarikh itulah satu lagi dugaan dari Allah SWT kepada aku dan family aku diturunkan… Dugaan yang sukar untuk korang fahami, di mana adik aku di masukkan ke ICU atas sebab jangkitan kuman dalam darah dan beberapa penyakit lagi… Dan beberapa hari lepas itu prosedur mengambil iar tulang belakang pula dilakukan untuk tujuan mengesan penyakit yang dihadapinye….

Tarikh : 8 Dec 2010 – Adik aku masih berada di ICU bertarung nyawa dan berusaha melawan penyakit… Menurut doktor malam tu dia diserang strok kecil dan juga sawan akibat dari ketidakstabilan sistem badan melawan penyakit… Dan mengikut doktor juga terdapat gangguan pada otaknye… Elektrolit di dalam otaknye tidak stabil… Sebab itu dia tidak dapat mengenal sesiapa dan bertutur dengan betul… Selain itu juga kedua2 kaki dan tangan sebelah kanan tidak dapat bergerak… Umpama budak kecil… Sepanjang dia berada di hospital, aku sebagai abang dan ahli keluarga tidak pernah putus memanjatkan doa untuk mengembalikan semula kesihatan adik aku…

Tarikh : 11 Dec 2010 – Satu perkembangan besar dapat dilihat… Telah pun dipindahkan ke Wad HDW….. Adik aku sudah mula bertutur dan mula mengenali siapa aku dan wife aku… Walaupun masih lemah dan kakinye masih belum boleh bergerak tapi tangan kanannye sudah mulai diangkatnye perlahan2… Aku pesan supaya kuatkan semangat dan berjuang dalam melawan penyakit yang dihidapi… Alhamdulillah….

Beberapa hari kemudian dipindahkan pulak ke Wad Am HUKM… Semakin baik perkembangannye…. Kaki pun mulai bergerak dan respond yang sangat baik…. Percakapan pun telah pun seperti sediakala cuma lambat sikit beberapa saat untuk menjawab…. Masa ini mak aku baru berpeluang bertemu dengan anaknye setelah lama mendenagtr berita.. Maklumlah abah aku lagi hendak dijaga…. Cuma mendengar perkhabaran dari aku sahaja mengenai adik aku….

1 Januari 2011 – Semakin sihat tetapi terpaksa di tahan wad lagi kerana alahan pada ubat yang diberikan oleh doktor… Terlalu banyak ubat2an sekarang ni… Time ni adik aku Anor untuk kali pertamanye dapat berjumpa dengan kakaknye sejak dimasukkan wad… Banyak tanggungjawabnye dengan abah dan emaknye di Banting, sebab aku terpaksa berulanag-alik menguruskan urusan aku di Damansara, Cheras dan untuk mengikuti perkembangan adik aku sekali… Kemudian berulang-alik pula dari Damansara ke Banting bila keperluan abah dan emak aku habis… 

Agak sembab muka adik aku disebabkan ubat2an yang diperlukan seharian dan terutamanye dari jenis Steroid…. Syukur kehadrat Ilahi kerana memberikan peluang yang sangat besar untuk adik aku dan juga family… Pada pengamatan aku pada mulanye, dan dari penerangan doktor harapan untuk hidup sangat sukar ketika itu… Tapi bagi kita orang Islam hanya doa sahaja yang menjadi senjata untuk meminta kesejahteraan dan kesihatan dan perkara2 yang baik2 sahaja dari-Nya… Kita cuma berusaha dan Allah itu sahaja yang boleh menentukan….

Dan pada tarikh 12 Januari 2011 lalu, adik aku telah discharge dari wad HUKM…. Boleh pulang ke rumah semula…. Dan pentingnye dapat bersama2 dengan anak2 semula, walaupun tidak dapat menjaga sepenuhnye tetapi ada juga penghibur…. Time ni masa adik aku baru sahaja sampai di rumahnye… 
Bagi aku bila melihat perkembangannye dan juga kesihatannye sekarang, satu rahmat yang amat besar bagi diri aku… Tak sanggup aku kehilangan seseorang… Sebab aku tak ramai adik-beradik…. Cuma ada empat kerat jer, tetapi pelbagai kerenah dan akal masing2 di dalam dunia ini….