Aduiyaiiiii…. Petang nilah baru aku berkesempatan untuk adakan entry baru… Dah dekat 3 hari aku bercuti berblog… Tanpa notis apa2… Tersangat lah sibuknye aku 3 hari ni… Ke hulu hilir, tertonggang tonggeng, ke sana ke mari menguruskan kerja dan beberapa urusan penting….
Ni pun baru balik dari meeting di Cheras… Rasa nak pengsan pun ada, nasib baik hari ni boss aku belanja makan…. Baru dapat lagi kerja baru, alaaaaa pindaan pelan jer dari yang dulu…. Tapi nak pakai hari Isnin ni… Rosak program aku untuk hujung minggu ni…. Nak buat macamana, itulah resam kerja dan mencari rezeki… Yang penting kita jangan mengeluh dan lakukan dengan ikhlas… 
Masyuk2 juga…Tapi hari ni kereta pulak kena saman parking kat area office… Kompaun menghalang lalulintas… Entah berapa aku tak tahu…. Keluar juga duit lepas ni… Selalu parking kat situ tak pernahlah pulak kena saman, kali ni nasib tak baiklah pulak…. Kira zakat jer lah…. 😦
Advertisements