Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi atas kurniaan umur pada setahun lagi… Sangat2 bersyukur, aku masih dapat menjaga kedua ibubapa ku setakat ni…. Dapat menjaga wife ku…. Dapat menjaga kebajikan mereka semua walaupun tidak selengkap mana…. Dapat lagi aku menguruskan ahli keluarga ku dan adik beradik ku… Itu sudah cukup untuk ku…. Dapat terlaksana segala tanggungjawab ku…. Dan terlangsai sebahagian hutang ku…. 

Apa yang aku harapkan daripada-Nya, agar aku diberikan kesihatan sebaik mungkin dalam melaksanakan segala apa yang aku impikan…. Yang aku idamkan dan yang aku harapkan… Walaupun masuk tahun yang ke-35, masih banyak matlamat yang belum tercapai dek tangan ku…. Semuanye itu memerlukan satu tahap kesabaran yang menggunung…. Dan aku perlu serius selepas ni… Terima kasih Allah, kerana memberikan aku peluang untuk hidup lagi di dunia ini…. Agar aku dapat mengorak langkah untuk menjadi insan yang berguna dan yang boleh diharapkan… Insyallah … 🙂  ðŸ™‚  ðŸ™‚