Dah masuk tahun ke-35 dah aku… Sampai manalah nyawa aku di dunia ni yer… Syukur Alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur aku setahun lagi… Memang itu yang aku harapkan sekarang ni…. 
Sebenarnye sambutan harijadi aku tahun ni agak berlainan sikit, sebab aku sambut dalam keadaan tidak sihat… 2 hari demam, batuk, selsema, pening kepala, sakit tekak sampai susah nak telan (tapi aku telankan juga sebab nak makan ubat)… Pagi2 lagi dah ke klinik ambil ubat… Lepas hantar wife aku ke office aku terus ke klinik… Muka dah merah padam dah menahan pening… 

Kredit pada Blogger Citarasa Rinduan a.k.a Ayu sebab buat entry khas untuk aku… 
Sangat2 terharu… Malu dan segan pun ada….
Dan tahun ni juga boleh pulak aku silap hari… Aku ingatkan 10 Februari 2011 tu pada hari Rabu… Rupa2nye hari Khamis… Mak aku siap wish kat aku lagi pada malam Rabu tu… Mak aku pun tak perasan sebab aku bagitahu yang harijadi aku tu jatuh pada hari Rabu… Korang yang memang menjadi pengikut setia blog aku mesti perasan yang aku dah publish entry harijadi aku pada Rabu tu, kemudian tengahari tu baru aku perasan bila aku tengok kelander dalam iPhone aku…. Ceh bikin malu jer…. Cepat2 aku call adik aku Anor suruh draft kan semula entry tersebut… Itu pun dah ada 6 orang yang komen… Aduiiii malunye aku….
Mereka2 yang dah wish aku awal adalah :
Terima kasih diucapkan…. Maaf yer salah tarikh… Hehehehehe… 
Dan blogger2 yang sent sms pada aku malam semalam pulak adalah dari sahabat blog aku iaitu :
Terima kasih sebab hantar sms semalam… Sangat2 terharu….
Dan semalam baru aku publish semula entry tersebut…. Dan mereka2 yang mengwishkan ucapan untuk aku dalam ruangan komen adalah :
7. Blogger Nur Al Ain 
Dan tak lupa juga pada semua rakan Facebook dan rakan2 UiTM aku, walaupun aku ni kurang aktif dalam dunia FB ni… Tapi semuanye aku dah balas kot… Terima kasih banyak2 kerana mendoakan aku agar semuanye baik2 sahaja… Insyaallah….