Mentang2 atuknye duduk luar kejap, cucu pulak yang ambil alih…. Macam nilah aktiviti aku setiap minggu… Mengemas katil abah aku yang sakit…. Tukar cadar, check tilam bubble, tukar lapik baring dan vacum bilik… Supaya tiada hama atau kuman yang akan mengjangkiti abah kau… Tapi sebelum tu kena dukung abah aku keluar kejap dan baringkan atas kerusi malas sementara aku mengemas….
Tapi semua tu kena aku lakukan dengan kadar segera sebab baring kat kerusi malas ni tak selesa bagi orang tua yang sakit terlantar….Bagi kita yang sihat ni memanglah sedap jer baring kat situ….

Kebetulan minggu ni aku bawa balik anak2 buah aku Melly dan Raja Kecik (Raja Mohammad Haris Emran) ke Banting… Apa lagi, diaoranglah yang test dulu tilam abah aku…. Sebab aku kena balancing dulu tilam bubble tu sebelum letak semula abah aku…. 

Macam tulah gelagat anak buah aku sorang ni, murah dengan senyuman bila di agah…. Dah cukup2, kasi turun ini budak… Untuk mereka yang mempunyai ibubapa yang sakit terlantar, kebersihan bilik dan tempat mereka diletakkan sangat2 perlu dititikberatkan…. Takut penyakit lain pulak yang berjangkit… 
Kalau berjangkit pada yang sakit dah tentulah, tapi kita yang sihat ni pun kena sama nanti…. So, macamana susahpun, kita perlu lakukannye…. Macam aku akan buat samada seminggu atau dua minggu sekali… Perkara wajib….