Minggu lepas bawa anak buah aku Melly jalan2 ke Ikano dan The Curve…. Esoknye pulak pagi lagi aku cadang nak bawak dia ke One Utama (OU) pulak… Spend sikit rezeki untuk anak buah aku Melly…. Pukul 10.30 pagi lagi dah sampai OU… Takdelah ramai sangat… Tapi parking pun aku try kat open parking OU… Banyak sikit parking bay, cuma tak berbumbung jer….

Sebelum jalan rounder2 OU ni, kena isi dulu perut… Melly seperti biasa nak nasi lemak…. Yang kitaorang ni pulak dah macam makan tengahari dah rasanye… Time tu dah dekat pukul 11.30 pagi… Dah alang2 ada kat foodcourt ni, baiklah makan tengahari terus…. 

Usunye (Anor) memang rajin melayan anak buahnye ni… Walaupun cara dia kasar…. Tapi diaorang nilah musuh dan juga sahabat…. Masing2 suka mengacau, Melly lebih lagi kuat menyakat Usunye…

Yang ini hidangan Melly…. Nasi lemak dengan ayam goreng…

Yang ini, aku punya… Mee apa entah namanye… Memang sedap…. Macam mee kicap ada, macam mee kari pun ada… Entahlah lupa pulak namanye…

Yang ni pulak wife aku punya hidangan, Kueh Tiaw Sup dengan Seaweed…. Pun sedap…

Bila dah kenyang mulalah dia tak tentu arah… Hyper… Tak reti duduk diam… Ada jer yang nak dia buat… Kena perhatikan sentiasa…. Kalau tak duduk diam tu takpe, ni siap dengan mulut2 dia sekali membebel….

Cara nak relakskan dia, bagi phone ker atau iPhone buka video Korea…. Baru dia duduk diam sikit…. Artis Korea yang paling dia minat adalah G-Dragon…. Melly panggil Abang Breaker….
Masing2 dah kepenatan berjalan sebenarnye… Senyum pun malas jer rupanye… Masing2 dah dapat apa yang dihajati… Melly aku beli 3 pasang baju, wife aku 2 pasang baju kerja… Aku dengan Anor belum lagi…. Hari tu sampai petang aku kat OU…Diakhir dengan makan Aiskrim McD…
Advertisements