Dalam sibuk dengan kerja harian dan juga menguruskan bapa aku yang masih lagi sakit…. Beberapa penekanan dan juga ilmu pengetahuan mengenai pengurusan  dan cara pengendalian wargatua atau ibubapa yang sakit perlu kita ketahui serta pelajari… 
Aku perlu mendapatkan maklumat2 penting dalam tatacara menguruskan bapa aku yang sakit terlantar sekarang…. Dan Alhamdulillah pihak Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Langat berbesar hati menjemput aku untuk mengikuti Kursus yang dianjurkan… Kali ini Seminar Kesihatan Warga Emas Untuk Penjaga diadakan… Dan aku merupakan salah seorang dari 30 orang yang dijemput hadir untuk keseluruhan Daerah Kuala Langat….

Dalam masa yang sama aku juga dapat berjumpa dengan bekas Guru Besar aku sewaktu aku darjah satu lagi di Methodish English School (MES) di Banting ketika dulu…. Seorang yang berbangsa India, dan sekarang ni pernah mengidap strok yang kritikal, tapi semangat juangnye melawan penyakit, Alhamdulillah beliau berjaya menempuhnye dan semakin pulih seperti sediakala… Ada di dalam gambar aku di atas… 

Kata2 aluan dari pihak penganjur dan juga merupakan Profesor dalam bidang perubatan… Beliau juga merupakan penal dalam sesi seminar kali ini…

Banyak sebenarnye yang perlu kita tahu dalam menguruskan warga emas ini… Dan dengan adanye seminar sedemikian, perkara2 yang wajib kita akan ketahui….

Yang ini pula dari seorang Pegawai Perubatan Bahagian Fisio…. Sangat2 penting dalam penenarang yang diberikan…. Banyak maklumat dan tatacara kerja kita dalam pengurusan badan pesakit atau warga emas ini… Cara fisioterapi yang boleh kita lakukan untuk mereka…. Selain itu cara mengangkat, cara membaringkan, cara membangunkan, cara mengerengkan dan juga senaman untuk mereka….
Dengan pegawai ni, aku selalu dijadikan contoh dalam cara menguruskan abah aku…. Aku rasa dah macam aku pulak salah seorang panel pagi tu…. Bagaimana aku uruskan abah aku, aku terpaksa terangkan secara terperinci kepada semua peserta seminar…. Pengalaman aku menjaga warga emas ni atau ibubapa aku sejak tahun 2008 lagi… 
Mulanye pada mak aku yang menjalani operation buang nanah di dalam hati lagi…. Serba sedikit ilmu menguruskan pesakit kronik ni ada di dalam otak aku…. Kalau ikut manual buku memang nampak senang dan mudah… Tapi bila kita berdepan dengan keadaan sebenar, tidak seperti yang kita jangkakan… So, bagi aku, aku akan cari jalan yang akan memudahkan pesakit dan juga memudahkan aku menguruskan…. Cara2 dan teknik yang boleh digunapakai supaya pesakit tidak terasa susah untuk melakukan…

Seminar tersebut memakan masa setengah hari juga…. Bermula pukul 8.00 pagi an berakhir pada pukul 2.30 petang…. Walaupun bagi aku masa tersebut amat singkat, tapi penerangan dan maklumat yang diberikan amat berguna untuk aku memperbaiki tatacara menguruskan ibubapa aku…. Insya-Allah….
Pada penghujung seminar tersebut, Sijil Penghargaan untuk setiap peserta seminar diberikan…. Dan beberapa barangan saguhati juga diberikan…. Kalau ada lagi seminar2 sebegini pasti aku akan pergi dan join sekalai lagi… Sebenarnye banyak topik seminar yang akan dianjurkan oleh Pihak Jabatan Kesihatan atau Pihak Kementerian Kesiahatan Malaysia…. 
Semuanye tu pada mulanye macam tak berapa penting dalam diri kita, tapi bila dah sampai masanye kita menghadapinye, ianye suatu yang amat berharga dan sangat2 penting dalam menghadapi rintangan yang mendatang…