Ikut tajuk tak ke mana2, tapi sempat pulak ke bengkel dan office… Ish… Ishhh…. Mula2 tu malas nak keluar ke mana…. Teringat pulak belting aircond berbunyi, kebetulan wife aku cuti lagi maka mulalah aku buat rancangan…. Singgah bengkel kejap repair belting lepas tu jalan2 kejap….

Kebetulan tepi bengkel yang aku pergi tu ada playground, bagus juga ajak Melly pergi sekali…. Boleh dia melompat2 main playground kat sana….

Budak bila dah nampak tempat main, mestilah tak tentu arahkan… Aku lepaskan ajer sambil diperhatikan oleh makngahnye…. Kalau tak pandang nanti, ada ajer yang dibuatnye… Takut jatuh jer….

Makngahnye yang melayan kerenah Melly sementara aku lepak dengan budak bengkel tu Si Saiful…. Tengok apa yang mendatangkan masalah kat kereta aku….

Rupa2nye belting aircond tu longgar sikit…. Itu yang buat berbunyi… Bila dah diketatkan semula, barulah senyap…. Aku ni pantang sikit kalau dengar apa2 pada kereta… Rimas… mesti nak cari sampai dapat…. Walaupun sikit…. Selesai jer kat bengkel, dapat call dari office suruh datang colloct cek projek yang aku buat dengan Majlis Daerah Kuala Langat… Cek dah clear, boss dah sain cek untuk aku pulak….
Terus ke Cheras…. Melly sepanjang ke Cheras, melabuhkan matanye… Tidur penat lepas main kat taman tadi…. Tengoklah muka tak cukup sepuluh sen…. Hhehehe…. Kesian dia…. Sampai kat Cheras dia masih tidur sampailah aku dah settle dengan urusan office, masuk semula kat kereta baru dia bangun… Makngahnye pun tidur sekali dalam kereta…. 
Pukul 2.30 petang tu terus balik rumah, sementara tu singgah Uptown tapau makanan…. Tapau nasi ayam Hainan…. Malam lepak kat rumah tak ke mana… Esok pagi2 dah ada urusan bank pulak… Nak bank-in cek dan cash out cek sekali… Nak shoppinglah katakan….