Kereta aku siap juga petang tu, maka bermulalah jalan2 aku dengan wife aku dan juga Melly setelah 2 hari tergendala… Mula2 tu aku gerak ke UiTM Shah Alam ambil adik aku Anor…. Dari Shah Alam terus ke One Utama… Nak singgah beli baju untuk adik Melly, Raja Kecik pulak…. Hari tu dah belikan untuk Melly, tak adillah kalau tak beli untuk adik dia… Lepas tu singgah outlet Toys R Us, nak belikan mainan Melly….
Outlet Toys R Us – One Utama Old Wing

Kali ni aku biarkan ajer Melly jalan2 kat dalam outlet tersebut…. Biar dia pilih barang mainan yang dia hendak…. Jangan minta yang mahal2 sudah… Mula2 tu macam2 malu2 nak masuk…. Pusing2 depan pintu masuk… Aku perhatikan dari jauh jer…

Bila dah masuk, mulalah perjalanannye mengharungi lautan barang2 mainan yang banyak…. Tak tentu arah, tapi yang bagusnye dia takde pun nak minta mainan yang bukan2 harganye… Siap cakap “Tak tahulah Melly nak beli apa…???”…

Time ni dia ikut makngahnye tengok barang mainan adik dia Raja Kecik….

Siap pilih lagi untuk adik dia… Tapi diapun main sama juga masa tengok2 tu…. Cuma dia ambil 2 barang mainan yang kecik jer masa kat outlet Toys R Us One Utama…. Lepas tu kita orang ke outlet Toys R Us Ikano Power Centre pulak…. Punyalah rajin….

Outlet Toys R Us – Ikano Power Centre

Masa kat outlet ni dia melekat kat satu area jer…. Ada games TV, learning games… Masa kat sini bukan Melly jer yang nak cari hadiah, Anor dan aku juga terjebak sekali…. Outlet kat Ikano ni lebih besar dan banyak pilihan mainan….

Sebenarnye Melly ni suka sangat dengan watak Ben 10… Kebetulan outlet ni ada replika besar watak tersebut… Apa lagi kecoh giler Melly time tu…. Mula2 tu malu2 juga nak bergambar…. Tapi lepas jer beberapa minit, kat area situ jer dia duduk….

Siap nak ajak abang Ben 10 jalan sekali…. Nasib baik Abang Ben Ten, bukan Abang Ben Ashari… Hehehehe…. Payah juga nak halau balik….

Bila masing2 dah dapat apa yang diidamkan…. Hadiah mainan masing2 aku suruh wrap dulu… Kat situ untuk pengetahuan korang yang belum pernah masuk, ada disediakan khidmat wrapping hadiah secara percuma… Wrapping papernye juga diberi secara percuma….

Time ni Melly tengah sibuk melihat staff Toys R Us balut hadiah…. Settle kat situ, kitaorang turun balik ke kereta… Dalam masa yang sama singgah kejap kedai kamera untuk survey kemera…. Itu pun dah dekat pukul 9.30 malam…. Penat jangan ceritalah… Ni kalau dah sampai rumah mesti pengsan semuanye ni…. Sampai rumah dekat pukul 11.00 malam…. Macam tulah rutin aku kalau Melly lepak dengan aku….  Pasti ada yang aktiviti yang aku buat….