Percaya tak..?? Harga untuk 3 buah patung Disney ni adalah RM3600.00 semuanye… Kiranye satu patung berharga RM1200.00… Yang pasti aku dah mendapatkannye di Guardian… Berbaloi tak…??? Hehehehe…. Mahal gilerkan….!!! 

Semalam aku dapatkan yang ke-3 pulak… Dan lepas daripada ni dah tak dapat lagi dah patung2 ni… Sebab Guardian hanya tawarkan setahun sekali sahaja…. Kena tunggu pulak hujung tahun ni… Kalau tak silap aku pada bulan Oktober 2011…

Yang ini mula2 aku miliki… Patung yang pertama…

Yang ni pulak kali kedua…. Patung Kedua…

Dan terakhir semalam, patung yang ke-3… Cute dan saiznye juga agak besar sebenarnye….

Aku cuma dapat 3 buah sahaja untuk tahun ni…. Bagaimana aku mendapatkannye…??? Aku dapat secara percuma di Guardian… Tapi bukanlah secara percuma dengan senang2, sebenarnye aku kumpul stem2 dengan setiap pembelian di Guardian…. Setiap pembelian RM20.00 kita akan mendapat 1 stem Disney Cuties…. Dan untuk mendapatkan sebuah patung Disney ni secara percuma, kita kena redeem 60 keping stem Disney Cuties ni… Banyakkan… 
So, 60 keping stem x RM20.00 bersamaan RM1200.00 keseluruhannye… Banyakkan pembelian yang aku buat di Guardian ni kan…. Maka dengan adanye 3 buah patung ni, jumlah pembelian aku setakat ni adalah sebanyak RM3600.00 sehingga semalam… Gilerlah punyalah banyak….
Sebenarnye pembelian sebanyak ni aku buat sebab aku beli susu nutrisi untuk abah aku yang sakit terlantar sekarang ni di Banting… Abah aku takleh nak menelan makanan seperti biasa, terpaksa menggunakan Ryle’s Tube menerusi hidung sejak keluar wad tahun lepas… Dan susu tersebut sangat2 mahal iaitu setin 900 gram berharga RM75.00 (1 tin untuk 3 hari sahaja..)…. Tapi di Guardian aku boleh mendapatkan diskaun 10% sekiranye menunjukkan Guardian Golden Privilege Member Card untuk setiap pembelian barangan kesihatan, peralatan kesihatan dan semua barangan hospitality…. 
Macam tulah hakikatnye sekiranye kita menjaga orang tua yang sakit… Banyak keperluan harian mereka yang perlu kita sediakan… Bagi aku itu semua ada hikmahnye dan ianye adalah bertujuan menguji tahap kesabaran dan mengukur nilai tanggungjawab kita dengan ibubapa kita sebenarnye…. Bagi diri aku, aku dah pun dan tengah melaluinye sekarang ni…. Bagaimana dengan korang kelak…??? Tapi aku akan doakan yang baik2 sahaja untuk family korang… Insyaallah….


Advertisements