Lepas dari entry aku yang lepas mengenai belanja makan masa harijadi aku yang lalu… Rupanye wife aku memang nak belanja aku makan… Tapi sebab aku dulu yang nak belanja makan kat Tony Roma’s, so dia diamkan dulu…. Ingat dah kena prli baru nak belanja… Hehehehe…. Jahat punya husband….

Memang favorite restaurant aku sebenarnye… Cuma lama tak makan kat sini… Malas nak pergi ke One Utama… Dulu masa office kat Lot 10, selalu juga pergi makan tengahari kat sini… Sebab turun jer lift terus berdepan dengan restoran ni… 
Oklah, JJCK aku kali ini, aku nak perkenalkan kat korang satu lagi restaurant yang menjadi pilihan tekak aku… Restaurant Fish & Co Seafood In A Pan…. Restaurant yang berasaskan hidangan makanan laut….

Sementara menunggu hidangan sampai, sempat juga aku check blog aku…. Dan snap beberapa gambar kenangan yang boleh dijadikan entry JJCK aku kali ini… Padahal berpuluh2 gambar yang diambil… Hehehehe… Kalau dah namanye blogger pasti gambar2 tak lekang di kamera… Yer ker ayat aku ni….!!!??

Yang ini merupakan ahli pasukan JJCK aku yang setia… Kali ni wife aku yang belanja kat restaurant ni sempena harijadi aku tahun ni…. Oklah tu… Hari tu aku dah belanja makan kat Tony Roma’s, kali ni turn wife akulah pulak… Alaaaa baru separuh dari harga Tony Roma’s….

Yang ini air aku dengan wife aku, Juice Passion Fruit…. Rupa takde, tapi sedap…. 

Yang ni pulak soup of the day iaitu Mushroom Soup Seafood…. Dalam dia ada isi udang dan lain2 lagi… Agak menarik dari soup2 di restaurant lain… 

Yang ni pulak lagi sedap… Roti kosong…. Hehehehe… Untuk di makan dengan mushroom soup tadi… 

Yang ini pulak satu hidangan yang boleh aku rekomen bagi mereka yang makan mussels atau tiram… Nama hidangan ni Mussels With Garlic & Lemon Butter…. Sangat2 creamy dan sedap jika dicicah dengan roti…

Gabungan dari aku sendiri, roti untuk mushroom soup tu aku cicah pada mussels punya kuah….

Yang ni wife aku untuk semua iaitu Seafood Platter… Ada udang besar, ada kalamari (sotong) ada kentang goreng, ada isi ikan dan ada spicey rice…. Nak sedap lagi kita perahkan sedikit lemon…. Kalau sorang makan sangat2 mengenyangkan….

Yang ni adalah hidangan aku, pilihan aku kali ini adalah Salmon Grilled In Cajun Style…. Apa ada di dalam..??? Ada 2 keping isi ikan salmon yang dipanggang, kentang goreng dan sayur cendawan + carot + kentang digoreng dengan sedikit olive oil… Hidangan yang tidak berminyak… Nak disedapkan lagi, perahan lemon.

Yang ni mungkin korang tahu hidangan siapa…. Yang ni seorang lagi ahli JJCK aku, adik aku Anor yang punya… Dia ni cari hidangan yang senang ditelan jer… Seafood Spaghetti Marinara…. Pun sedap juga rasanye…. Seorang lagi ahli kumpulan JJCK tak dapat hadir sebab bersama dengan mamanye iaitu anak buah aku Si Melly…. 

Kalau datang kat sini memang hidanga mussels tulah yang wife aku akan order… Memang sedap pun… Minggu depan datang lagi lah… Heehehe… Nak join….???

Hidangan yang telah sampai sepenuhnye…. Masa untuk makan, jemput kawan2…. Dan bagi mereka yang belum mencubanye, bolehlah datang ke New Wing One Utama, tingkat 1 tak silap aku…. Sebaris dengan Seoul Garden, Pizza Hut, Roti Boy….

Dah settle dah adik aku punya hidangan…

Aku punya pun sama juga… Tapi kalau makan kat sini takyahlah nak kelang kabut, santai dan relaks jer… Kalau tak, pasti akan kenyang cepat…. Dan akan membazir bila takleh habis….

Post terakhir bila perut telah kenyang… Thanks pada wife aku kerana belanja kali ni…. Nanti abang belanja makan kat tempat lain pulak… Bukan selalu pun aku makan kat luar bersama sejak bulan Jun tahun lepas… Aku sentiasa sibuk ke sana ke mari menguruskan bapa aku di kampung dan juga projek yang lepas…. 
So bila dapat makan macam ni, kiranye agak bersyukurlah juga… Tak terasa sangat hidup ni kelang kabut… Terima kasih sekali lagi kerana belanja abang sempena harijadi…πŸ™‚πŸ™‚