Salam Hari Selasa dan Salam 1 Malaysia…. Hari bersiaran semula dari blog Chilabaey’s Spot…. Minggu ni blog aku agak suam2 kuku dengan entry yang digunakan untuk beberapa hari… Terpaksa membiskutkan diri di Banting, di Klang, di Damansara dan di Cheras…. Dan sekarang ni aku berada di Damansara semula… Ini pun pukul 12.00 tengahari nanti nak ke Banting semula…. Banyak sangat urusan pejabat dan urusan kerajaan untuk diri aku sendiri dan juga untuk bapa aku…. Berkejar ke sana sini… Dokumen itu, dokumen ini… Tapi yang bestnye, anak buah aku Melly akan ikut aku di mana sahaja aku berada…. Entry kali ni kisah minggu lepas… Banyak beno draft entry yang belum publish…

Sejak sebulan ni anak buah aku dalam jagaan aku…. Sementara aku free sikit ni, maka dia akan ikut aku kalau aku balik ke Banting…. Dan kali ini pakngahnye murah rezeki sikit sejak selesai projek kerajaan tempohari, spendlah sikit rezeki untuk anak2 buah, adik2 buah, isteri2 buah… Hehehehe… Takdelah gurau2 jer….

Sajer belanja dia barang permainan kat Toys R Us…. Malam tu 2 outlet Toys R Us aku redah… Mula2 tu pergi kat outlet One Utama… Lepas tu ke outlet Ikano Power Centre pulak…. Kat dua2 outlet dia beli hadiah…. 

Sampai rumah aku, siap suruh tangkap gambar lagi… Nak tunjukkan kat mama dia nanti…. Malam tu memang dia penat sangat… Maklumlah dah lama tak berjalan dengan pakngahnye…. Hampir setiap hari ada sahaja aktiviti aku di shopping kompleks dengan melly, wife aku dan adik aku Anor…

Masa tengah tangkap gambar tu, adik aku Anor suka sangat mengancau anak buahnye ni… Dah rasa macam hantu lilin pulak… Yang Melly pulak punyalah marah Usunye kacau dia nak bergambar…. Lantak korang berdualah… Janji bahagia…
Tak sudah2 adik aku Anor menyelit dalam gambar… Itu Melly tak perasan tu, kalau dia tahu mesti bising mulut dia suruh jangan kacau…..
Muka kepenatan dan dah mula nak melayan perasaan… Sejak beberapa minggu ni banyak sangat aktiviti aku dengan Melly dan juga dengan wife dan adik aku Anor…. Kalau dalam draft dah bersusun untuk dipublish… Belum berkesempatan lagi taip text dan publish… Nantilah aku keluarkan satu persatu yer… Bubye….