Yang ni kisah lalu…. Time ni aku dengan wife jaga anak2 buah aku 2 orang tu… Si Melly dan Raja Kecik… Minggu tu kat kampung, mak aku buat kenduri doa selamat dan juga kenduri cukur jambul serba ringkas jer ubtuk Raja Kecik… Tujuan sebenar adalah sebab adik aku Azu (Mama Melly & Raja Kecik) dah  keluar wad dan semakin sihat…. Dan alang2 tu buat sekali untuk Raja Kecik….

Gambar ni dalam perjalanan ke UiTM Shah Alam untuk pickup adik aku Anor…. Raja kecik ni memang rapat sikit dengan makngahnye… Dengan aku ni kurang sikit… Kalau menangis ker, mandi ker, makan ker dan nak tidur ker mesti dengan makngahnye… Kalau dengan aku cuma untuk main2 dan agah2 jer… Tidur bawah ketiak aku pun bila malam jer….

Lagi satu perangai dia, dia tak suka dipegang lama2… Rimas kot… Dia suka diletakkan sahaja, lepas tu golek2 lah dia macam ayam golek… Hehehehehe… Agak senang juga nak jaga budak ni…. Kalau sesetengah budak tu, asyik minta di dukung jer… Kadang2 tu susah sikit nak buat kerja… Tapi Raja Kecik terbalik sikit perangai dia… Bagus… Bagus…. Bagus…..

Dan time pulak dalam perjalanan dari Shah Alam ke Banting pulak…. Tengok sahaja Si Melly tu, tak pernah nak duduk diam… Huru hara kereta di buatnye…. Lagi2 kalau adik dia ada sekali…. Kadang2 tu rimas juga Raja Kecik dengan perangai kakaknye…. 
Macam tulah aktiviti aku dan wife sekarang ni… Kalau adik aku Azu masuk wad ker dan ada urusan hospital, aku dan wife akan tolong jaga budak2 ni… Dan dalam masa yang sama, masa aku untuk abah aku juga turut aku selitkan…. Kalau tak, kesian mak aku sorang2 jaga bapa aku…. Kadang2 tu rasa nak potong 2 badan aku ni, 1 letak di Damansara dan 1 lagi letak di Banting….
Advertisements