Aku jarang bercerita tentang jiran2 aku di rumah aku di Banting… Tak minat sebenarnye, sebab mereka2 ni golongan makcik2 yang minat melepak dan bercerita sana sini…. Tapi kali ni aku nak kongsi bersama kalian semua… Tak jauhpun, jiran sebelah rumah aku jer… Yang ni aku sampai sekarang tak faham perangai dia… Terlalu nak sangat berbesar diri dan nak menunjuk2… Padahal takde apa2 pun yang istemewa tentang keluarga dia… Kadang2 tu kesian aku tengok perangai2 dia, perangai yang boleh memakan diri dia sendiri…
Kisah Satu
Hari punya cerita, dekat Maghrib tadi adalah anak jiran aku dulu datang ke rumah…. Datang nak serah juadah Aqiqah anak dia… Dulu berjiran dengan aku, lepas tu pindah tempat lain dah…. Mula2 tu suami anak jiran lama aku tekan loceng rumah aku, so mak aku pun keluarlah tengok siapa yang datang… Mula2 tu mak aku tak perasan siapa orangnye, bila wife dia datang baru mak aku cam sambil bawa hidangan…. 
Dan time tu jugalah jiran sebelah rumah aku tu terhegeh2 balik ke rumah dia dari padang depan rumah aku tu… Masa dalam anak jiran aku tu berjalan ke rumah aku, boleh pulak makcik sebelah tu tegur budak tu, “Bawak aper tu…???”… Padahal bukannye nak bagi kat dia (makcik sebelah), kenal pun tidak…. Mak aku pun dengar dia menyapa budak tu…. Kelakar betul… Suka hati jer… Dia ingat budak tu nak bagi dia sekali kot…. Bila mak aku cerita tadi, aku pulak yang rasa malu….
Tapi memang dia jenis yang suka bawa balik makanan kenduri balik banyak2… Kalau ada kenduri tu, mahu 4-5 kali dia ulang bawak balik ke rumah…. Lepas tu buang ke tongsampah keesokkan harinye… Ini selalu aku tengok…. Jiran2 pun selalu bercakap mengenainye…
Kisah Dua
Sebenarnye macam2 perangai yang dia buat, ada satu lagi kisah tentang makcik ni… Time tu abah dan mak aku sihat lagi, rajinlah pergi menolong rumah kenduri kahwin…. Biasalah duduk di dalam masyarakat orang Jawa di Banting ni…. Datanglah seorang Datin ni kat mak, seorang kawan lama…. Dalam berborak2 sebab lama tak jumpa, Datin tu bertanyalah kat mak aku tentang makcik sebelah rumah aku ni…. 
Datin        :  Apa kerja dia (makcik sebelah) Kak Mah (mak aku)…??
Mak aku dah musykil dah… 
Mak aku  :  Kenapa Datin…??? 
Datin       :  Dia cakap dengan saya, dia dulu bekas Inspektor Polis… Betul ker….???
Mak aku  :  Haaa…. Iyer ker…. Dia kata macam tu….
Datin       :  Tadi dia yang cakap dengan saya….
Mak aku  :  Tak tahulah saya, setahu saya dia cuma surirumah sepenuh masa… Laki dia bekas 
                   tentera adalah…. Bila masa pulak dia jadi polis ni… Macam2…
Mak aku dah agak dah, ada ajer yang dia temberangkannye… Bukan setakat satu dua orang, tapi dah ramai dah dia kelepet… Takleh tengok orang lebih adalah salah satu sifatnye… 
 Kisah Tiga – Akhir
Malaslah nak cerita banyak2… Buat dosa jer sekarang ni… Tapi bukannye aku nak mengata, cuma aku nak jadikan ia satu pedoman dan pengajaran supaya kita tak juga menjadi sepertinye… Dan satu lagi kisah yang aku nak juga kongsi dengan korang tentang hidup berjiran…
Umur makcik ni dah dekat 45 tahun kalau aku tak silaplah…. Korang bayangkan yer, dengan umur yang macam tu boleh pulak dia pakai baju yang menjolok biji mata aku…. Terjolok2 mata aku dibuatnye, walaupun aku terus palingkan muka aku ke tempat lain dengan sekali pandang jer… Itu pun sebab terpandang…. Badan dah tak bergetah dah…. Boleh dia pakai macam tu… Korang bayangkan…
Makcik tu boleh pulak pakai baju spegetti strap dengan seluar pendek duduk depan rumah… Padahal suaminye ada tu… Tapi suaminye dah takleh berjalan, pakai wheel chair, sebelah badannye lumpuh… Kena serangan strok… Lama dah, aku rasa dekat 7 tahun kot… Kesian kat suami dia bila dia buat perangai macam tu… Apa motif dia pakai macam tu pun aku tak tahu… 
Ingatkan anak2 dia jer yang pakai macam tu, maknye pun ikut sekali… Dunia dah terbalik…. Lepas tu macam nak tayang2 kat orang pulak… Ayyyoooooooo….. Itu yang aku kurang bersetuju…. kalau yang muda pakai macam tu, kiranye rezeki mata, tapi kalau yang dah tua pakai macam tu nak kira macamana yer…???
Kesimpulannye 3 Kisah :
1.  Sikap tamak di dalam hati… 
Takyahlah nak sibuk2 tentang hal orang lain… Lagi2 hal makanan, sebab aku rasa dia masih mampu untuk membeli, memasak dan sebagainye… Dah macam mengambil kesempatan bila ada benda free… Abah aku dah ajar banyak sangat tentang hal2 macam ni… Kalau makan pun ambil yang betul2 kita nak makan, jangan sambar apa yang ada, penghabisnye tak habis…
2.  Sikap Suka Meninggi Diri & Tak Mahu Jatuh..
Tak perlulah kita nak menunjuk2 dan nak bersaing dengan orang keliling… Apa yang ada, cukuplah… Sikap seperti begini memang aku cukup menyampah… Tak perlulah menyatakan tentang diri sendiri perkara yang tak betul… Mengaku sesuatu untuk diri sendiri… Sikap taknak jatuh tu yang akan memakan diri…
3.  Motif Apa Aku Tak Tahu & Pandangan Masyarakat Keliling…
Kalau hidup berjiran, pandangan masyarakat perlu diambil perhatian… Jangan sampai masyarakat bersuara dan berkata… Nanti menjadi buah mulut orang… Siapa yang malu nanti bila ada yang menegur…??? Kena tanamkan nilai hidup bermasyarakat di kampung walaupun dalam kawasan perumahan moden… 
Jadilah contoh untuk anak2 atau anak2 jiran yang lain… Bukannye umur semakin muda, tapi denga sikap sebegini aku rasa makcik ni semakin muda kot… Malam tadi sekali lagi aku terpandang dia berpakaian sebegitu… Adui… Terseksa mata aku melihatnye… Anak2 dia pun aku tak sanggup nak pandang, inikan makcik tu sendiri…
So, renung2kanlah kisah aku dengan jiran aku ni… Sekian terima kasih…